Indahnya Kinabalu Pine Resort Kundasang

Seandainya korang ingin melihat keindahan Gunung Kinabalu dari bawah, aku akan suggest korang melihat pemandangan puncak gunung Kinabalu dari Kinabalu Pine Resort. Sangat cantik dan betul-betul buat aku teruja.

Beginilah pemandangan puncak Kinabalu dari bilik resort aku di Kinabalu Pine seawal jam 6.00 pagi waktu Kundasang. Nampak sangat clear kan??? Dari sini dah boleh nampak jelas pemandangan indah Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Asia.

Masa ni, kami plan nak pegi breakfast dulu. Jadi, kononnya kami ke Cafe dulu untuk makan-makan. Lapar satu hal, satu hal lagi takut lambat pulak pasal kami bercadang lepas breakfast kami nak terus ke Ranau, ke tempat Tagal Ikan Kelah dan juga Poring Hot Spring, Ranau.

Masa ni juga, kebetulan terserempak dengan ini Awek bersama-sama suami dan anak tercinta,,, eh bukan awek lagi kah??? :)

Lepas breakfast, kami cepat-cepat keluar. Nak pergi ambik gambar sekitar resort. Perkara pertama nak tengok, sekali lagi puncak Kinabalu, tetapi sayang, masa tu jam sudah lebih 7.00 pagi, kabus sudah meliputi puncak dan sudah banyak yang terlindung. Alahaiii,,, sayang la pulak. Kalau tadi ambik awal-awal kan lagi cantik.
Tapi tak apa lah, view yang di tutupi kabus awan pun masih lagi cantik dan menyegarkan. Udara dah la sejuk, view pulak memang melertzzz,,, sesuai untuk musim honeymoon :).
Kinabalu Pine Resort, Kundasang

Kami pusing-pusing jer sekitar resort. Jalan-jalan tengok reban Arnab dan juga dua kawasan lagi. Tak boleh lepak lama, kerana lepas ni kami nak check out terus dan menuju ke Ranau, sebelum memandu terus balik ke Kota Kinabalu. Harap-harap sempat kerana nak ke Ranau satu jam. Perjalanan pulang dari Ranau ke Kundasang pun satu jam. Kemudian kami nak pulang ke Kota Kinabalu yang mungkin akan memakan masa satu jam setengah. 
Harap-harap jalan bukit bukau tidak di liputi tanah runtuh… Amin…

MrJocko.com

About these ads

2 thoughts on “Indahnya Kinabalu Pine Resort Kundasang

  1. Fuhh..seronok bila dapat bercuti bersama keluarga

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s