VIKINGS Drama Bersiri Terbaru Di History Channel History ASTRO

Hari Khamis lepas, MrJocko dan beberapa orang rakan blogger dijemput untuk menghadiri Pra-Tonton drama bersiri terbaru yang akan ke udara di Saluran History Channel (Astro 555 dan Astro Beyond HD 575) bermula 29 September 2013 nanti. 
Drama bersini Vikings ini merupakan sebuat drama perang epik dan ia digarap dari cerita sejarah asal cerita Vikings terkenal mengenai Viking Ragnar Lothbrok. Oleh kerana drama bersiri ini ialah ada sejarah yang melibatkan Irish, kami semua dijemput untuk menyaksikan Pro-Tonton ini di sebuah restoran Irish Healy Mac’s Jalan Changkat Bintang Kuala Lumpur.

Info tentang drama bersiri Vikings

Viking adalah sebuah drama sejarah siri televisyen Kanada-Ireland, yang ditulis dan dicipta oleh Michael Hirst untuk saluran televisyen History Channel di Astro. Ia sudah ditayangkan pada 3 Mac 2013 di Amerika Syarikat dan Kanada. Filem Vikings di filemkan di Ireland,
Vikings diilhamkan oleh cerita mengenai Viking Ragnar Lodbrok, salah satu yang paling terkenal wira Norse dan terkenal sebagai musuh nombor satu Perancis dan England. Ia menggambarkan Ragnar sebagai petani Viking yang perintis yang berani membuat serbuan pertama ke England dengan sokongan rakan-rakan pahlawan yang lain. Bayangkan pada masa tersebut kumpulan ini hanya menggunakan sebuah kapal kecil mendayung sehingga sampai ke England dan menyerang sebuat penempatan Paderi dan merampas harta benda di sana dan dibawa pulang ke Ireland.
Cerita selanjutnya, jangan lupa saksikan drama bersiri yang hebat ini pada setiap Ahad, jam 10.00 malam bermula 29 September 2013 di saluran Astro History Channel 555 dan Astro HD 575.
Untuk drama bersiri Vikings Musim Pertama ini ia mempunyai 9 Episod dan selepas ini akan diteruskan dengan Vikings Musim Kedua dan dijangka mempunyai 10 Episod.

Petani yang sangat berani, bernama Ragnar Lodbrok

Antara aksi pertarungan yang mencemaskan,,,

Terima kasih kepada Nuffnang dan History Asia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s