Manchester United Kena Belasah Di Etihad Stadium

Semalam memang antara malam yang paling malang bagi peminat Manchester United di Asia khususnya di Malaysia. Pertembungan dua gergasi bolasepak Liga Inggeris musim ini, Manchester City vs Manchester United menyaksikan Manchester United atau Red Devils dibelasah teruk di gelanggang lawan, Stadium Etihad.
 
Dengan 4 gol yang disumbangkan oleh Aquero, Nasri dan Yaya Toure dan cuma satu gol Man Utd di akhir perlawanan oleh Rooney. Dari awal permainan lagi sememangnya Manchester City mendominasi perlawanan dan mengawal permainan sejak dari sepak mula. Kalau dari pemerhatian MrJocko, barisan defender Man Utd kali ini memang teruk. Kombinasi Ferdinand dan Vidic nampaknya sangat lemah kali ini dan Vidic memang nampak malas nak kejar bola.
 
 
 
 
Lihat sahaja rekod perlawanan head-to-head antara Man City vs Man Utd sejak dari tahun 2010 lagi. Banyak perlawanan yang dimenangi Man City dengan jaringan besar seperti 6 – 1 pada tahun 2012 dan terbaru semalam 22 September 2013.
 
Sudah pasti, ramai peminat Man Utd semalam pelik kenapa Robin van Persie tak main. Begitu juga dengan Kagawa, Nani dan beberapa pemain lain. Ini mungkin tactical yang terpaksa Moyes caturkan kerana selepas ini ada perlawanan League Cup menentang Liverpool.
 
Begitula permainan bolasepak bertaraf dunia. Salah percaturan sikit, satu team akan bermasalah. Hasil yang teruk akan menyebabkan ramai pemain hilang arah. Akibatnya, kalah dan menghampakan peminat. Mungkin dari segi perlawanan liga, jumlah gol yang besar tidak begitu penting berbanding perlawanan League Cup?
 
Sebagai peminat Manchester United, kalah tu memang terasa frust juga, tetapi diharapkan ia satu tactical berguna untuk Moyes yang masih baru mengendalikan Man Utd untuk mengekalkan kejuaraan Liga Inggeris Musim 2013/2014 , League Cup dan juga Champions League musim ini.
 
p/s: masih ada masa untuk menang kesemua Piala untuk musim ini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s