Pelancaran Kad VIP Watsons Piala Malaysia 2013

Penaja Utama Piala Malaysia, Watsons Malaysia kini melebarkan sayapnya dengan melancarkan Kad Keahlian VIP untuk pelanggan Watsons Malaysia sempena dengan kerancakkan Piala Malaysia 2013. Kad VIP ini didatangkan dengan 9 corak Kad VIP berbeza bagi mewakili 9 pasukan bolasepak Malaysia yang terpilih termasuk Kelantan, Johor, Selangor, Kedah, Pahang, Negeri Sembilan, Terengganu, Perak dan Sarawak.
MrJocko turut sama dijemput untuk sama-sama menyaksikan majlis pelancaran Kad VIP Watsons Malaysia ini bertempat di Renoma Cafe Gallery, Kuala Lumpur. Pihak Watsons Malaysia yakin dengan pelancaran Kad VIP ini akan meyemarakkan lagi kempen Piala Malaysia 2013.

Untuk makluman, Kad VIP Watsons Malaysia ini hanya terhad kepada 5,000 keping sahaja dan akan diedarkan di 9 negeri tersebut bermula pada Selasa, 24 September 2013 dan akan berakhir pada 21 Oktober 2013 nanti. Kalau anda berminat, jangan lupa dapatkan koleksi Kad VIP Watsons Malaysia di outlet Watson Malaysia berdekatan anda.
Kempen ini “Look Good, Play Great” atau “Tampak Hebat, Main Gempak” adalah salah satu inisitif yang dibuat oleh Watson Malaysia untuk menarik minat golongan lelaki yang semakin ramai sedar tentang betapa pentingnya penjagaan diri untuk terus tampil menarik sepanjang masa, seperti penampilan hebat pemain bolasepak Piala Malaysia di atas padang dan di luar padang.
Sepanjang tempoh tersebut, pemegang Kad VIP Watsons Malaysia akan menerima (1) sekeping tiket perlawanan Piala Malaysia PERCUMA dengan setiap pembelian RM20 dalam satu resit di Watsons untuk barangan berjenama Adidas, Dettol, Maybeline, Garnire dan banyak lagi di outlet terpilih Watsons.

Nampaknya, ini memang peluang yang ditunggu oleh ramai peminat bola tanahair untuk mendapatkan Kad VIP Watsons Malaysia yang mempunyai gampar pasukan bolasepak negeri masing-masing dan berpeluang untuk dapatkan satu tiket perlawanan bolasepak Piala Malaysia secara percuma.
Maklumat lanjut tentang promosi dan terma dan syarat Kad VIP Watson Malaysia, sila layarai laman web Watsons Malaysia dan Facebook Watsons Malaysia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s