Nuffnang Masih Berhutang 2 Cek Dengan Saya

Sebenarnya Nuffnang Malaysia masih ada hutang 2 keping cek dengan MrJocko. Ya betul,,, Nuffnang masih lagi ada hutang dengan MrJocko.com. Lambat ke??? Kenapa jadi macam ni??? Mesti ramai nak tahu kan???
Sebenarnya MrJocko daftar dengan Nuffnang sejak Ogos 2008 dan tahun ini memasuki tahun ke 5 MrJocko bersama Nuffnang. Di awal pembabitan MrJocko bersama-sama Nuffnang, tak pernah merasa untuk dapat cek sebanyak sekarang. Namun selepas belajar dan tahu serba sedikit tentang Nuffnang, MrJocko sertai aktiviti dan support Nuffnang akhirnya awal 2012, ada la rezeki cek pertama RM50 dari Nuffnang hasil CPUV dan Advertorial yang kecil. Happy.
Selepas beberapa bulan, MrJocko terus menerus dapat peluang untuk kerjasama dengan Nuffnang dan Alhamdulillah, hasil advertorial dan sponsored post semakin tinggi berbanding sebelumnya. Hasil advertorial dan sponsored post ini, MrJocko akan cash out kan setiap bulan. 
Ternyata, payment dari pihak Nuffnang tidak menghampakan. Setiap bulan, tidak pernah lambat dan sentiasa  bayar kami, bloggers tepat pada masanya. Setiap cash out yang dibuat oleh blogger di akhir bulan akan dihantar ke alamat blogger secepat mungkin dan tidak pernah lewat. 
Yes, memang Nuffnang ada hutang 2 cek lagi dengan MrJocko tetapi, ia tetap terbaik kerana MrJocko cash out kan satu cek pada 30 Ogos 2013 dan satu lagi pada 11 September 2013. InsyaAlllah, hujung bulan ni dapat la Cek-cek dari Nuffnang. Boleh la buat beli baju raya untuk Hari Raya Aidil Adha🙂
p/s : ini bukan entry membodek atau entry SPONSORED POST…🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s