3 Hari 2 Malam Bersama Pemanduan Mesra Alam Honda Hybrid

Rasanya anda mesti sudah lama dengar berkenaan kenderaan Hybrid. Anda juga mesti sudah kenal dengan jenama Honda. Apa yang anda boleh gambarkan apabila Honda dan Hybrid di satukan??? Tentunya ia akan melahirkan kenderaan yang hebat dan mesra alam. Jadi, sudah pasti anda pernah mendengar kenderaan Honda Hybrid seperti Honda Insight, Honda Jazz Hybrid, Honda Civic Hybrid dan Honda CRZ Hybrid.
MrJocko diberi peluang untuk memandu uji sebuah kereta Honda Jazz Hybrid dan ia datang dengan pakej untuk 3 hari 2 malam pandu uji kereta Honda Jazz Hybrid ini dengan ditaja sepenuhnya untuk isian petrol, tol dan juga bayaran parking. Alhamdulillah.
Pertama kali memandu sebuat kereta Honda, ia memang hebat. Paling ketara bila anda mula-mula memegang steering kereta jenama Honda. Anda dah tau ia sesuatu yang hebat. Lihat sahaja design interior rekaan panel dashboard yang direka dengan ciri-ciri honda dan penuh dengan aspek keselamatan.

Setiap pintu kereta Honda Jazz Hybrid ini mempunyai ruang bukaan yang sangat luas sehingga 80 darjah untuk memudahkan anda keluar masuk. Sangat hebat dan semestinya senang kalau nak letak benda-benda yang besar untuk tujuan pepindahan.

Ruang rekaan panel yang cantik dan moden anda dapat lihat samada sebelah pemandu atau sebelah penumpang. Ia membuatkan anda selesa. Pun begitu, rekaan panel ini masih mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi.
Lihat sahaja rekabentuk panel dashboard ini dari luar. Memang berbeza dengan design kereta-kereta lain. Sekali lihat, anda mesti terpikat dengan rekaan. Cantik dan memang anggun. Untuk sebuah kereta yang boleh dikategorikan sebagai serbaguna untuk tujuan pemanduan di dalam banda, pemanduan jauh, untuk lelaki, wanita atau remaja, semestinya Honda Jazz Hybrid ini menjadi pilihan yang terbaik.
MrJocko sendiri suka dengan kemasan gril hadapan Honda Jazz Hybrid ini, ditambah dengan rekaan cermin yang boleh Auto Flip, ruang tempat duduk belakang yang boleh ubah untuk muatan yang lebih besar serta dengan Hybrid yang ada ia memang mengagumkan. Terbaik.

Selama tempoh 3 hari, MrJocko membuat pemanduan di sekitar Lebuhraya dari Kuala Lumpur menuju ke Setia City Park dan ternyata ia memang Eco Friendly. Bukan sahaja boleh dikatakan hampir tiada asap keluar dari ekzos, tetapi enjin yang sangat ‘smooth’ dan senyap membuatkan kami rasa sangat selesa, tiada gangguan bunyi enjin yang kasar seperti kereta biasa.
Anda mesti tahu fungsi Hybrid kan. Ia adalah kombinasi enjin kenderaan yang menggunakan kuasa petrol dan tenaga bateri. Yang mana, jika anda memandu secara yang berhemah, anda menjimatkan penggunaan petrol dan menolong menjaga alam sekitar dari asap kenderaan yang boleh merosakkan bumi. Anda bayangkan kalau semua orang menggunakan kenderaan Hybrid, sudah pasti bunyi bising kenderaan akan berkurangan, alam akan kembali sihat dan anda sendiri akan jimat penggunaan minyak.

Kalau dah semua selesa, sudah pasti anak-anak pun happy. Maklum la, duduk dibelakang, selesa dengan pemanduan kereta Hybrid yang senyap dan eco friendly. Naik sekejap jer,,, masing-masing dah ngantuk dan nak tertido dengan keadaan aircond yang sejuk dan kereta yang senyap.

Oh ya, antara yang menarik perhatian MrJocko, panel meter kereta Hybrid Honda Jazz ini memang unik. Sekiranya anda memandu dalam keadaan biasa, panel meter akan berwarna BIRU. Namun, sekiranya anda memandu dengan berhemah dan jimat, ia akan berwarna HIJAU, menandakan anda memandu dalam keadaan mesra alam. Hebat kan? Lagipun kalau nak senang, tekan sahaja butang ECON dan Honda Jazz Hybrid ini akan berada dalam pemanduan ECON friendly mengikut cara yang sesuai dan menjimatkan.

Jika anda yang jenis suka meletakkan air minuman dan perlu minum sewaktu memandu jangan risau, keana di bahagian hadapan sahaja, Honda Jazz Hybrid ini mempunyai 6 ruang letak minuman dan ia memudahkan anda untuk mencapai air minuman anda sewaktu pemanduan.

Honda Jazz Hybrid ini mempunyai satu soket Power Oulet dan satu USB Port untuk memudahkan anda mengecas bateri smartphones, tablet atau gadget lain yang berkaitan. Mudah kan? Anda tak perlu risau lagi kalau anda kehabisan bateri ketika dalam perjalanan jauh kerana anda boleh dapatkan sumber pengecas bateri di dalam kenderaan anda dengan mudah dan selamat.
Kalau anda nak cuba untuk test drive kereta Honda Hybrid selama 3 hari 2 malam secara PERCUMA , samada Honda Jazz Hybrid atau Honda CR-Z Hybrid, anda masih ada peluang daftarkan nama anda si sini HONDA HYBRID TEST DRIVE atau Link ini http://bit.ly/IQcsrI. Sekiranya anda terpilih, pihak Honda Malaysia akan menghubungi anda dan anda berpeluang untuk memandu uji kereta Honda Jazz Hybrid dan Honda CR-Z Hybrid selama 3 hari 2 malam PERCUMA. Untuk maklumat lanjut, sila klik LIKE di Fanpage Facebook HONDA MALAYSIA.
Video Clips bagaimana Pemanduan Biru bertukar ke Pemanduan Hijau menggunakan Honda Jazz Hybrid.

Untuk mereka yang berada di sekitar Kuala Lumpur, anda boleh turut serta dalam karnival The Honda Hybrid Family Road Trip yang akan diadakan esok di Padang Timur, Amcorp Mall Petaling Jaya, dari 28 hingga 29 September 2013 bermula jam 10.00 pagi hingga malam. Anda boleh daftar terus untuk memandu uji kereta Hybrid Honda termasuk, Honda Insight, Honda Jazz, Honda Civic dan Honda CR-Z. Jangan lepaskan peluang mengikuti pelbagai acara menarik dan banyak gifts menanti anda di sana.
Ruang pameran tertutup untuk anda yang berminat nak beli kereta Honda

p/s : Ini adalah pemanduan ketika waktu pagi dan waktu yang kurang Trafik. Anda dinasihatkan menggunakan orang kedua (professional) untuk merakamkan video seperti yang saya buat dalam video di atas.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s