Jurang Ekonomi Bumiputera Dan Bukan Bumiputera – Salah Siapa?

Tertarik dengan entry terbaru Eyriqazz pasal Jurang Ekonomi Bumiputera dan Bukan Bumiputera mendorong MrJocko nak kongsi pendapat tentang isu yang berkaitan. memang ketara, kalau di bandaraya metropolitan seperti Kuala Lumpur, Penang dan Johor Bahru, jurang perbezaan ekonomi antara Bumiputera dan bukan bumiputera semakin ketara.
Mungkin ada orang kan mengatakan ini isu kaum. Bagi MrJocko, jangan salahkan mana-mana kaum dalam hal persaingan ekonomi. Bagi MrJocko, siapa yang rajin, siapa yang berani tanggung risiko, dia akan mengecapi kejayaan berbanding mereka yang malas dan takut dengan risiko.
Pengalaman MrJocko sendiri, dalam 100 rakan-rakan yang MrJocko kenal, hanya 10% dari mereka ialah berniaga sendiri, selebihnya masih bekerja makan gaji sebagai punca pendapatan utama. Alasan utama kenapa tak ramai orang bumiputera, khususnya orang melayu mahu melibatkan diri dalam perniagaan ialah takut rugi.
Jom MrJocko kongsi beberapa isu dan kelemahan yang sudah sebati dengan masyarakat Melayu :
1. Tidak berani menanggung risiko dalam pelaburan,
2. Kalau melabur, hari ni masuk, esok dah nak untung berganda,
3. Tiada sifat kreativiti dalam perniagaan,
4. Berniaga, Untung, Joli, Untung Joli,
5. Suka projek yang melibatkan kroni dan sudah dapat projek, SUB kan ‘Projek’ kepada orang lain,
6. Suka business Untung Atas Angin,
7. Berniaga ala kadar, tidak suka promosi kerana pendapat mereka tak perlu promosi,
8. Suka melabur dalam perniagaan MLM yang tidak tahu hujung pangkal,
9. Berniaga ikut musim,
10. Makan gaji sudah cukup, Alhamdulillah,

Ini sekadar pendapat peribadi MrJocko dan mungkin anda pernah alami pengalaman yang berbeza dari MrJocko sebutkan di atas. Oleh sebab, ramai orang melayu takut dengan dugaan kerja serndiri, maka mereka ambil keputusan mudah untuk kerja makan gaji. Salah ke makan gaji??? Tak salah.
Sama sekali tidak menjadi kesalahan untuk anda makan gaji, tetapi kita sendiri, sebagai umat Islam sudah lama mengetahui, sudah lama kita dengan Ustaz-Ustazah berkata, 99 rezeki itu datang dari perniagaan. Bermaksud, peluang perniagaan ini sebenarnya terbuka luas kepada kita tak kira di mana kita berada. Oleh sebab itu, kenapa kita takut?
Bagi mereka yang mengambil peluang melibatkan diri dalam perniagaan, sudah pasti mereka bukan kerja yang senang, namun, dari segi istilah kebebasan, ia sesuatu yang tidak dapat digambar dengan kata-kata. Mereka yang bekerja sendiri lebih mempunyai sifat survival dan berdikari. Kerja sendiri perlu ada disiplin dan semangat juang yang tinggi. 
Apa yang bagus, jika anda rajin, anda akan dapat habuan serta merta tidak seperti mereka yang kerja makan gaji, terpaksa menunggu dalam masa setahun. Hasil yang dituai boleh diambil semua, tetapi bagi yang bekerja makan gaji, hasil harus diserahkan kepada syarikat.
Ramai yang tahu, kalau buat business sendiri, ada peluang untuk jadi kaya dan hidup senang lenang. Namun, ramai yang bersikap suka hidup sederhana dan kerja makan gaji kerana walau bagaimana sekalipun, hujung bulan mereka akan menerima gaji. Orang business, kalau tak ada projek, memang tak ada gaji la bulan tersebut.
ramai yang malu untuk berniaga Burger kerana tak ada CLASS
Berbalik kepada isu Jurang Ekonomi Bumiputera dan Bukan Bumiputera, paling jelas kita lihat perbandingan orang Melayu dan orang Cina. Lihat sahaja bagaimana kaum Cina rajin dan ambil peluang untuk menjalankan aktiviti perniagaan di Malaysia. Mereka sanggup ambil risiko untuk tanggung kerugian, dan oleh kerana ini, mereka berjaya kerana atas usaha gigih mereka sendiri. Kaum bumiputera lebih kepada suka hidup ala kadar katanya, mahu kesederhaan, tetapi mereka lupa, kalau mereka berusaha, mereka kaya, mereka boleh membantu orang lain untuk berjaya seperti mereka.
Hasilnya, lihat lah, di Kuala Lumpur sendiri, banyak bangunan tinggi, cantik dan mewah. Bila ditanya, siapa tuannya? Majoriti akan mengatakan ia milik bukan bumiputera. Jadi salah siapa??? Adakah salah mereka kerana mereka kaya??? Salah kah mereka berusaha untuk kaya?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s