Pengalaman Promote Iklan Di Facebook

Untuk menjenamakan produk MrJocko sebagai jenama Blog yang mungkin akan menjadi pilihan pembaca satu hari nanti, salah satu cara adalah untuk mempromosikan Blog MrJocko kepada pembaca-pembaca menggunakan rangkaian Facebook. Sekiranya anda ada Fanpage Facebook, seperti Fanpage MrJocko, anda boleh promote Blog anda kepada pembaca blog menggunakan khidmat pengiklanan Facebook.
Menggunakan khidmat Facebook Ads memang mudah. Anda cuma perlukan kredit kad atau debit kad untuk tujuan pembayaran. Dari segi masa, had limit pengiklanan boleh ditentukan mengikut budget anda. Sebagai contoh, MrJocko hadkan RM16 dalam masa sehari dan RM50 sebagai had limit sepanjang tempoh pengiklanan di Facebook.

Lihat contoh yang MrJocko buat dalam iklan Facebook ini bermula 30 September 2013 dan berakhir pada jam 8.00 pagi 3 Oktober 2013. Secara purata, iklan Blog MrJocko sampai kepada 1,200 pengguna Facebook dan new LIKE 136 orang dengan kelebihan 38 orang yang bercerita pasal blog MrJocko di status update mereka. Kos MrJocko, RM50 sepanjang tempoh tersebut.
Dari segi kepuasan, rasanya content dan blog MrJocko kena lebih bagus untuk menarik LIKE mereka. Ini kerana, bayaran RM50 untuk hasil tambahan 136 orang nampaknya kurang menarik dan MrJocko membelanjakan sekitar RM0.36 sen untuk dapatkan satu LIKE yang baru.
Pun begitu, dari segi promosi yang dibuat oleh Facebook agak menarik kerana dengan RM50, ia sampai kepada sekitar 1,200 pengguna Facebook, cuma hanya 136 sahaja yang bermurah hati memberikan LIKE kepada MrJocko.
Seperkara lagi, LIKE yang MrJocko dapat ini ialah ASLI dan datang dari kumpulan sasaran di Malaysia, bukannya robot atau pengguna Facebook di luar Malaysia.
Mungkin selepas ini MrJocko akan cuba alternatif lain dalam mempromosikan Blog MrJocko dan cuba dapatkan LIKE sebanyak mungkin dalam usaha untuk menjadi seorang Blogger yang betul-betul Glamorous.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s