Kempen Wangian Ambi Pur Smelly To Smiley

Adakah anda seorang yang sukakan kebersihan. Anda ambil kisah tentang keadaan persekitaran anda yang harum dan menyegarkan? Kalau anda seorang yang mementingkan udara yang segar dan bau wangian, sudah pasti anda suka dengan wangian Ambi Pur. 
Kini, Ambi Pur sedang melancarkan kempen Ubah Smelly Menjadi Smiley atau dalam tema kempen mereka “Turn Your Smelly Into Smiley”. Dalam kempen ini semua pengguna dijemput untuk melayari laman Facebook Ambi Pur Malaysia mengundi kawasan mana yang mereka rasakan mempunyai masalah bau busuk dan wakil Ambi Pur akan ke sana untuk membuat transformasi menjadikan kawasan tersebut menjadi satu kawasan yang segar dan berbau wangi.

MrJocko sempat menyertai jemputan pihak Ambi Pur sewaktu pelancaran kempen ini di AEON Taman Maluri dengan kehadiran dua orang Duta Ambi Pur iaitu Hafiz Hatim dan Hunny Madu. Mereke ni adik beradik yang sememangnya terkenal di Malaysia.

Semasa pelancaran kempen ini, Hafiz dan Hunny di bawah kesebuah bilik misteri yang penuh dengan bau-bau yang busuk seperti durian, stoking busuk, carpet lembab, makan yang sudah basi dan pelbagai jenis bauan lain. Namun, dengan penggunaan Ambi Pur Air Effect Spray dan Ambi Pur Aerosol Spray, bau busuk dan bau yang tidak menyenangkan ini dilitupi oleh bau wangian Ambi Pur. Malay, yang lebih bagus, wangian Ambi Pur terus menghilangkan bau busuk tersebut dengan mudah.

Nampaknya, kempen Smelly to Smiley Ambi Pur ini memang menekankan satu budaya yang sihat di kalangan rakyat Malaysia untuk menjaga persekitaran yang sihat dan segar. Dengan kempen ini diharapkan dapat menyedarkan ramai rakyat Malaysia untuk menjaga kebersihan. Di samping itu, kan bagus kalau anda dapat memberi persekitaran yang sihat dan segar kepada lokasi terpilih supaya ia menjadi contoh kepada orang lain.
Ada masa lagi untuk mengundi kawasan mana di Malaysia yang mempunyai kawasan yang busuk dan perlu disegarkan oleh wangian Ambi Pur Malaysia. Sila ke laman Facebook Ambi Pur Malaysia dan undi pilihan anda sekarang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s