Rancangan Antabax Lat-Tali-Lat Astro Ria

Antabax Lat-Tali-Lat memperkenalkan semula satu generasi baru permainan tradisional untuk membantu kanak-kanak berhubung semula dengan masa yang lebih mudah, memelihara satu aspek penting dalam budaya Malaysia dan memberi tip-tip kebersihan dalam rancangan permainan dengan format yang menyeronokkan.

Sejumlah 24 peserta mewakili 8 sekolah rendah di Kuala Lumpur akan bertembung dan 2 kumpulan akan bersaing untuk setiap episod. Kumpulan-kumpulan tersebut akan berlawan antara satu sama lain dalam 3 permainan tradisional. Kumpulan yang menang pada pusingan pertama akan mendapat 10 markah, pemenang pusingan kedua akan mendapat 15 markah manakala pusingan ketiga adalah pusingan penentu di mana pemenang akan mendapat 30 markah.

Pada penghujung setiap episod, kumpulan yang mengumpul markah terbanyak daripada 3 pusingan akan mara ke peringkat seterusnya, manakala kumpulan yang kalah akan tersingkir. Ibu bapa akan geli hati melihat gelagat para peserta mengharungi segala cabaran dalam permainan yang dahulu dimainkan secara meluas, manakala kanak-kanak pula akan terpegun akan keseronokkan yang mereka boleh rasai tanpa alat-alat digital.

Pasukan mana yang akan memenangi hadiah berjumlah RM40,00? Tonton Astro Ria pada pukul 6.30 petang setiap ahad dari 6 Oktober atau tonton tayangan ulangan pada hari sabtu pada pukul 9.00 malam.

 

Glamorous MrJocko

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s