Taman Tema Air Legoland Di Buka Pada 21 Oktober 2013

Kalau tahun lepas Legoland Malaysia dibuka secara rasmi pada September 2012, kini Legoland Malaysia mencipta sejarah sekali lagi dengan pembukaan rasmi Taman Tema Air Legoland pada 21 Oktober 2013 nanti.

Taman tema Legoland ini, yang mempunyai lebih 20 permainan utama dan lebih 70 struktur bangunan Lego ini yang pertama seumpamanya di Asia. Kalau dulu pengunjung singgah ke Legoland untuk keseronokan bermain dengan ‘rides’ yang ada di dalam Legoland, kini, mesti lagi ramai yang ingin ke Legoland dengan pembukaan Taman Tema Air Legoland ini.

 

 

MrJocko masih lagi tidak berkesempatan untuk masuk ke Legoland. Semalam sewaktu ke Nusajaya Legoland, kami cuma sempat melalui kawasan sekitar Legoland, tak sempat nak masuk kerana waktu dah hampir petang.

Kalau ada peluang memang nak bawa anak-anak ke sana satu hari nanti. Nak mudah, boleh terus menginap di Hotel Legoland Nusajaya dan senang untuk akses ke Legoland Malaysia bila-bila masa. Lepas ni nak cari tawaran menarik untuk pakej murah menginap dan masuk ke Hotel Legoland Malaysia.

Bagi mereka yang memang bercadang untuk melawat ke Legoland, anda boleh rancang menginap di sekitar Puteri Harbour atau Nusajaya ni. Dekat jer. Yang MrJocko lihat ada 2 hotel menarik iaitu di Hotel Traders berdekatan dengan Hello Kitty Town dekat Puteri Harbour dan Hotel Legoland di dalam kawasan Taman Tema Legoland.

Jom cuti-cuti ke Puteri Harbour atau Nusajaya Johor. Banyak lokasi menarik yang anda boleh terokai kalau dah sampai di sini termasuk Sanrio Hello Kitty Town, The Little Big Club, Lat’s Place dan Legoland.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s