Kan Bagus Kalau Rezeki Di Kongsi Bersama-Sama

Sejak sebulan, kami Co-Founder Blooggers banyak menerima jemputan meeting, discussion dan coffee talk dari Public Relation company dan juga potential clients. Alhamdulillah, itu pun rezeki kerana makan minum kami dibayar sepenuhnya.

Ada yang bertanya, apa fungsi sebenar Blooggers? Apa dia Blooggers?

Blooggers Dot Com sebenarnya sebuah syarikat yang di daftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan di bawah inisiatif MrJocko, Sohoque dan Shakiddo.

Tujuan kami ialah untuk mengumpulkan seberapa ramai yang boleh blogger di dalam satu Komuniti yang dikenali sebagai Blooggers, iaitu sekumpulan Blogger.

Kenapa perlu kumpul blogger dalam satu komuniti?

Ada beberapa keadaan yang pernah kami lalui bahawa ramai blogger hebat dan blogger amatur bergerak secara solo. Bagi blogger hebat, mereka tidak punya masalah untuk dapatkan job, tetapi kadang-kadang mereka banyak menerima undangan dan pelawaan dari PR atau syarikat, tetapi tidak dapat memenuhi pelawaan tersebut kerana jadual yang ketat. Maka kadang-kadang undangan tersebut terhenti di situ.

 

 

Bagi blogger amatur, mereka berminat untuk ceburi bidang penulisan blog, tetapi mereka tiada peluang untuk cari pengalaman. Siapa nak jemput mereka sertai event kerana mereka tiada nama dan tiada pengalaman.

Ini lah fungsi Blooggers. Kami sebagai Blooggers mencari peluang dan undangan dari PR company dan menghantar blogger-blogger hebat dan amatur dalam satu grup untuk sama-sama menimba pengalaman. Blogger hebat sebagai senior dan blogger amatur sebagai perantis.

Dengan idea ini di harap undangan dan peluang untuk blogger menyertai event akan lebih terbuka. Ini kerana, ramai blogger hebat sebenarnya mereka amat bermurah hati berkongsi peluang dengan blogger baru. Bak kata orang rezeki yang ada sebenarnya cukup untuk semua orang, jadi apa salahnya kalau dikongsi bersama.

Kami Blooggers Dot Com merancang banyak aktiviti dan projek untuk dikongsi bersama-sama pada masa akan datang. Kami dengan rasmi sudah bekerjasama dengan Cell Ads, Video Brosur dan beberapa PR company dalam menjayakan misi dan business goal masing-masing.

Sekiranya anda blogger dan berminat untuk berkongsi rezeki dengan kami, jom sama-sama support Blooggers Dot Com serta Denaihati Network. Kami perlukan sokongan anda kerana anda adalah sebahagian dari dunia blogger dan media social kami. Kami tidak menjanjikan rezeki, kami sekadar berkongsi peluang untuk sama-sama berkongsi rezeki.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s