Misi Selamatkan Hello Kitty Dan Dear Daniel Di Black Wonder

Hello Kitty Town sememangnya punyai tarikan tersendiri. Antara yang menarik perhatian, game Hello Kitty Black Wonder. Di segmen permainan Black Wonder, pemain dikehendaki menyelamatkan Hello Kitty dan Dear Daniel dari kejahatan Black Wonder.

Untuk menyelesaikan permainan misteri ini, setiap pemain diberikan satu lampu ajaib yang unik dan diperlukan untuk mencari sign tersembunyi bagi menyelesaikan teka-teki bagi mencari jalan untuk misi menyelamatkan Hello Kitty dan Dear Daniel.

 

 

Lampu ajaib ini akan memandu pemain ke kod perkataan-perkataan yang boleh didapati di sepenjang perjalanan pemain sehingga menemui Hello Kitty dan Dear Daniel di dalam penjara Black Wonder. Kesian Hello Kitty dan Dear Daniel yang menjadi mangsa kejahatan Black Wonder.

Dengan mengumpul klu dan perkataan rahsia melalui teka-teki Black Wonder yang diberikan menggunakan petunjuk Lampu Ajaib, anda mungkin boleh menyelamatkan Hello Kitty dan Dear Daniel. Ia satu permainan yang bukan susah, tetapi ia memerlukan fokus anda sekeluarga. Jangan sampai terlepas klu atau maklumat penting.

Jika kod perkataan anda yang dikumpulkan dan menjadi satu perkataan lengkap yang betul, anda akan menyelamatkan Hello Kitty dan Dear Daniel. Jika anda berjaya, surat penghargaan akan diberikan bagi yang berjaya. Nak tau anda bijak atau tidak dalam menyelamatkan Hello Kitty dan Dear Daniel? Jom cuba permainan Hello Kitty Black Wonder di Hello Kitty Town.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s