Promosi Steamboat Buffet Terbaik RM20 Per Pax Di M2 Cafe Setapak

Andainya anda peminat makanan, sudah pasti ramai yang suka makan steamboat. Jika anda suka makan steambot, jangan lepaskan peluang mencuba menu dan promosi terbaik di Restoran M2 Cafe & Catering, Jalan Taman Ibu Kota berhadapan Festival City Setapak.

Sempena dengan bulan Oktober, restoran M2 Cafe & Catering sedang mempromosikan pakej murah cuma RM20 bagi seorang dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak, sepanjang bulan Oktober 2013. Promosi bermula dari jam 6.00 petang sehingga jam 12.00 tengah malam.

 

 

Banyak menu menarik kat sini. Anda boleh dapat udang, ketam, sotong, ikan, ayam, daging, meat ball, fish ball, sayuran serta menu-menu steamboat lain. Yang menarik, sepanjang promosi, daging Kambing Golek juga disediakan dan termasuk dalam pakej Promosi.

Apa tunggu lagi, kalau korang dah berada di sekitar Festival City, singgah terus di Restoran M2 Cafe & Catering dan rasai KUAH SOS Steamboat Special ciptaan Chef Zamri. Kuah sos steamboat yang mempunyai rahsia tersendiri dan sememangnya sedap dan pedas…

Tunggu entry akan datang, MrJocko akan kongsi gambar-gambar kami, Blooggers mencuba menu steamboat M2 Cafe & Catering ini. Menu di M2 Cafe memang berbaloi,,,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s