Blogger Hebat Pakat Beli Rumah Di Nada Alam Pajam

Siapa kata jadi blogger tak boleh kaya? Ramai blogger hebat senang-senang jana income sekitar RM5,000 hingga RM30,000 setiap bulan hasil dari penulisan blog. Mungkin sebab ini, ramai blogger dah berkira-kira untuk membeli rumah sebagai aset di hari tua.
Shakiddo, Ceeramoon, Penaberkala, CikLilyPutih dan Yana Yassin antara blogger yang MrJocko jumpa sewaktu majlis pelancaran Fasa Pertama Projek Perumahan Nada Alam yang dibangunkan oleh Seri Pajam Development. Nampaknya sudah ramai blogger yang menyedari tentang pentingnya melabur dalam bidang hartanah seperti yang disarankan oleh Blogger Hartanah yang hebat iaitu Abang Ensem.
Lokasi Nada Alam di Pajam ini tidak la jauh sangat. Paling mudah kalau nak ke Kuala Lumpur boleh menggunakan perkhidmatan Keretapi Komuter. Paling dekat dengan jarak perjalanan memandu cuma 3 minit dan berjalan kaki cuma 10 minit sahaja. Sudah pasti la projek perumahan Nada Alam dibawah kendalian Seri Pajam Development ini satu projek yang ditunggu-tunggu.
MrJocko pun nak beli juga satu unit. Kalau ikutkan semasa pelancaran Nada Alam Seri Pajam ini, hanya tinggal lagi 20 unit termasuk satu unit Rumah Teres Corner Lot berharga sekitar RM900,000 termasuk perabut, satu unit End Lot bernilai RM505,000 dan selebihnya intermidiate unit yang berharga sekitar RM450,000.
Semoga impian kami Blogger nak beli rumah secantik projek perumahan Nada Alam Seri Pajam Development ini akan menjadi kenyataan, Aminnn. So, mana satu yang MrJocko nak pilih? Corner Lot, End Lot atau lot yang biasa?
Glamorous MrJocko

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s