Pertandingan Fotografi Sempena Ulang Tahun 180 Tahun Jaegar-LeCoultre

Jaeger- LeCoultre Meraikan Ulang Tahun 180 dengan Pertandingan Fotografi pada ” Inventors Of The Valley de Joux “
Sebagai pemain utama dalam sejarah ‘Pembuat Jam’ sejak abad ke-19, Jaeger LeCoultre menyambut ulangtahun ke 180 tahun dalam pembangunan berterusan di bidang pembuatan jam sedunia pada tahun ini. Malaysia akan menjadi pilihan sambutan ulang tahun ini dengan Jaeger- LeCoultre menganjurkan pertandingan fotografi yang unik yang dinamakan “Picture Perfect” untuk jurugambar profesional di negara ini.   
Peserta dalam pertandingan ini julung kali diadakan akan berpeluang untuk memenangi jam tangan Classique Reverso , Mini iPad, Voucher Makan Eksklusif dan Voucher SPA. “Picture Perfect” merupakan pertandingan Fotografi yang akan bermula dari 30 September 2013 – 30 Okt 2013 adalah terbuka kepada jurugambar profesional yang menetap di Malaysia, berumur 21 tahun dan ke atas.   
Semasa sambutan ini dijalankan, peminat juga telah menonton dan menyertai Jaeger-LeCoultre 180 Tahun Pameran di Starhill Gallery, Kuala Lumpur bermula dari 5 Oktober 2013 sehingga 8 Oktober 2013.
Pameran ini akan mempamerkan beberapa pameran unik yang jarang dipertontonkan, pameran yang berkualiti tinggi dan jam tangan yang unik oleh Jaeger- LeCoultre sejak beberapa tahun dan beberapa model terkini tahun 2013 . 
Untuk mendapatkan maklumat lain mengenai cerita terbaru dan bahan-bahan berkaitan Jaeger- LeCoultre, sila layari http://press.jaeger-lecoultre.com/ . Apa yang perlu anda lakukan ialah mendaftar dan anda boleh mempunyai akses ke lounge akhbar. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Natasha Loo atau Karen Lim, Priority Communications Sdn Bhd, Tel: 03-7954 5336 atau e-mel : natasha@priority.net.my atau karen@priority.net.my.
Selamat mencuba untuk Jurugambar-jurugambar Malaysia🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s