Kenangan Peperiksaan SPM Tahun 1995

Nampaknya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia SPM 2013 akan diadakan tak lama lagi. Ramai calon-calon SPM 2013 nampaknya dah berkobar-kobar nak jawab soalan SPM 2013. Mungkin, masih ada juga yang tengah sibuk mengulangkaji pelajaran SPM mereka serajin yang boleh untuk persediaan SPM 2013.
Tarikh Jadual Peperiksaan SPM tahun 2013 akn bermula pada hari Rabu, 6 November 2013, bermula dengan Kertas Bahasa Melayu 1. Jadual Peperiksaan SPM 2013 anda boleh semak di SINI. Kertas akhir Peperiksaan SPM 2013 akan disudahi pada Khamis, 5 Disember 2013.
MrJocko menduduki peperiksaan SPM pada tahun 1995 dan rasanya ia merupakan tahun terakhir menggunakan konsep Agregat. Sebelum ini, untuk keputusan SPM Pangkat 1, anda mesti mendapatkan sekurang-kurangnya 24 Agregat. Sekarang, penilaian markah Peperiksaan SPM sudah diubah menggunakan   Gred baru, A, B, C, D dan sebagainya untuk SPM.
Kalau nak kira kenangan menduduki peperiksaan SPM memang banyak yang best. Masa tu MrJocko menduduki peperiksaan di Sekolah Menengah Ugama Arab Saniah, yang sekarang dikenali sebagai Maahad Saniah. Sepanjang Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5, MrJocko duduk rumah sewa. Boleh katakan ia merupakan kelebihan untuk kami belajar. Dari rumah sewa, MrJocko naik Basikal atau tumpng motosikal kawan untuk ke sekolah. Tak jauh, cuma 500 meter jer pun dari Sekolah.
Alhamdulillah, keputusan Peperiksaan MrJocko memberangsangkan. Namun, mungkin bukan rezeki MrJocko pada masa itu. Dalam banyak-banyak tawaran UPU, MrJocko memilih Bidang Perniagaan di ITM. Alhamdulillah.

Jadi, bila memasuki musim peperiksaan SPM ini, anda calon-calon SPM mestilah buat yang terbaik. Ia merupakan Tiket anda untuk tahap seterusnya. Boleh dikatakan SPM ini penentu hidup ada dalam bidang akademik. 
Bila oleh semak keputusan SPM ??? Biasanya bulan Mac tahun selepasnya keputusan SPM akan di umumkan. Jadi, jangan risau sangat. Kalau anda dah berusaha, InsyaAllah, semua akan berjaya dengan izin Allah. Bila dah berjaya dengan keputusan SPM, anda ada peluang untuk melanjutkan pelajaran samada ke Universiti dalam atau luar Malaysia. 
Harap adik-adik calon SPM tahun 2013 akan menjawab soalan Peperiksaan SPM 2013 dengan sebaik mungkin. Semoga berjaya dan dapatkan Biasiswa SPM untuk melanjutkan pelajaran anda ke tahap yang lebih tinggi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s