Sesi Karaoke Bersama Man Raja Lawak

Projek Karaoke bersama Man Raja Lawak ni sebenarnya tidak ada dalam jadual hari ni. Namun mungkin rezeki dari Allah nak temu kan MrJocko dengan Juara Raja Lawak Musim ke-5. Kebetulan pagi tadi tengok status Man Raja Lawak, katanya nak pegi Karok di Redbox Sogo. Lepas menyampuk dua tiga kali, Man ajak join, aku apa lagi, terus la ke Redbox Sogo.

Memandangkan pakej Karaoke untuk tengahari di Redbox Sogo cuma bayar makanan sahaja, menyanyi dari seawal jam 11.00 pagi hingga ke jam 1.30 petang. Berbaloi kan? Tambah-tambah orang tak ramai, tak payah nak bersesak dengan orang lain. Mungkin sebab itu, servis sangat cepat dan bilik pun selesa.

 

 

Man Raja Lawak memang hebat rupanya dalam bab Karaoke. Aku macam tak percaya. Rupanya si Man ni punya potensi yang sangat bagus dalam nyanyian. Aku rasa ramai yang tak tahu. Tak apa, tunggu entry akan datang, MrJocko akan upload Video Parody si Man Raja Lawak untuk tontonan anda dan peminat Man Raja Lawak.

So, sesiapa yang nak berkaraoke dengan Man Raja Lawak, kami alu-alukan. Set masa dan tempat, InsyaAllah Man Raja Lawak akan join kalau masa itu tidak terikat dengan sebarang aktiviti dan kerjanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s