Harapan Pengisian Bajet 2014 – Intipati Utama

Kalau anda seorang rakyat Malaysia yang mengambil berat tentang negara anda, sudah pasti anda akan menanti apakah hasil Pembentangan Belanjawan 2014 atau Bajet 2014 oleh Dato Seri Najib, Menteri Kewangan dan Perdana Menteri Malaysia pada petang ini, 25 Oktober 2013. Ramai rakyat menaruh harapan besar untuk dibentangkan pada Bajet 2014 kali ini.




Antara harapan MrJocko bagi pembentangan Bajet terbaik 2014 ialah kepada 3 perkara yang rasanya perlu diselesaikan segera untuk kesejahteraan rakyat. Ini kerana rasanya 3 isu ini sudah lama dibiarkan tanpa ada penambahbaikan yang ketara. Antara yang MrJocko harapkan ada berita baik untuk pemansuhan Goods & Services Tax, Mengekang Kenaikkan Harga Rumah dan Masalah Jalanraya Yang Berlubang.

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ini diharapkan dimansuhkan sama sekali kerana di Malaysia kita sudah mengenakan cukai perkhidmatan. Memang sebelum ini pun cukai perkhidmatan ini dibayar oleh pengguna dan bukan peniaga kerana ia ‘cukai boleh pindah’. Kalau nak implement cukai GST, pilih satu antara Cukai Perkhidmatan atau Cukai GST.


Kekangan Kenaikkan Harga Rumah perlu lebih drastik. Harga rumah disekitar Kuala Lumpur atau bandar besar naik dengan cepat dan melampau. Majoriti rakyat Malaysia berpendapatan sederhana dan tak mampu untuk beli rumah melebihi RM500,000, tambah-tambah Bumiputera. Rumah yang dibina sekarang, banyak dipunyai oleh rakyat asing dan ia sesuatu yang tidak bagus untuk rakyat Malaysia. Ada pembangunan, tetapi kepunyaan rakyat bukan Malaysia. Hadkan pembelian dan penjualan rumah kepada foreigner.


Isu kualiti jalanraya memang berterusan. Di Kuala Lumpur sendiri anda boleh lihat banyak jalan yang rosak dan berlubang. Ia mendatangkan bahaya kepada pemandu dan boleh merosakkan kenderaan. Keluarkan budget yang lebih untuk infrastruktur seperti ini. Kalau tak ada budget, bina tol pun masih ok tetapi harus lah dengan bayaran yang tidak membebankan pengguna.




Ini antara 3 harapan dan cadangan MrJocko untuk sesi Pembentangan Bajet 2014. Semestinya ada isu lain yang mahu dikongsi, tetapi kalau 3 perkara ini dipilih, rasanya sudah memenuhi apa yang MrJocko harapkan untuk Bajet Terbaik 2014.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s