Kenapa Saya Nak Jadi Blogger

Mungkin ramai yang tahu MrJocko juga seorang blogger. Belum jadi blogger Popular, cuma seorang Blogger Giler Glamor. Kenapa MrJocko nak jadi seorang blogger??? Ada sebab tertentu kah? Atau saja-saja nak buang masa pergi sana sini merewang ???
 
1. Antara sebab MrJocko nak jadi Blogger, MrJocko boleh jumpa blogger hebat Malaysia dengan mudah. Bila boleh jumpa blogger terkenal seperti Blogger Bro Framestone ni, boleh la ambik semangat beliau. Boleh belajar cara-cara jadi blogger hebat.
 
 
 
2. Kalau pergi events, selalunya dapat Door Gifts yang terbaik dan limited edition. Kalau anda bukan seorang blogger mungkin anda susah untuk dapatkan gifts yang limited seperti ini. Dah la limited edition, ianya diberikan secara PERCUMA.
 
 
 
 
3. Jadi Blogger juga memberi peluang anda dan keluarga untuk sama-sama sertai event samada lunch, dinner atau food review. Ia sesuatu yang menarik kerana anda boleh bersama-sama keluarga sambil bekerja sebagai seorang Blogger.
 
 
 
 
 
4. Diberi peluang selama 3 hari 2 malam untuk review dan test drive kereta dengan di taja sepenuhnya minyak petrol satu tangki penuh, tol, bayaran parking dan sebagainya. Bestkan? Anda boleh guna peluang untuk dapatkan maklumat melalui pengalaman sendiri.
 
 
 
5. Kalau dah pergi events dengan blogger lain, boleh la kenal dan luaskan network kawan-kawan. Ramai blogger hebat lain mungkin akan bersama anda dalam setiap event. Biasanya, event berbeza ada blogger yang berbeza.
 
 
 
6. Selalunya, kalau takada gifts menarik, kami akan dapat goodies seperti sabun, perfume, pendrive dan macam-macam lagi. Alhamdulillah, selalunya stok yang diberi cukup untuk beberapa bulan. Jimat. Paling best bila dapat goodies untung anak-anak.
 
 
 
7. Kalau anda Giler Glamor macam MrJocko, mesti anda akan gila glamer. So, ada peluang untuk berlakon atau buat video. Kalau dah pandai berlakon, mana tahu ada peluang untuk jadi superstar kat dunia Blog.
 
 
 
8. Peluang untuk review hotel dan trip yang diberikan oleh pihak penganjur. Alhamdulillah, MrJocko dah dapat beberapa undangan untuk Hotel review dan Trip review sekitar Malaysia. Ini semua hasil support rakan-rakan blogger jugak
 
Oleh itu, kalau korang tanya, kenapa MrJocko nak jadi blogger, ayat mudah, ada banyak sebab. Peluang bersama-sama Blogger memang best ooo,,, Alhamdulillah, kerja macam ni senang, tak pressure dan kami memang happy. Siapa lagi nak jadi blogger ???

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s