Merempit Dengan Yamaha Ego S Enjin 125cc

Setelah menunggu hampir sebulan, minggu lepas kami dapat keluarga baru, sebuah motorsikal Yamaha Ego S model 2013 yang berkapasiti enjin 125cc dan mempunyai 4 stroke SOHC. Jenis Yahama Ego S ni nampak kecil sahaja, tetapi dalam beberapa keadaan enjin dia agak pick-up. Salah satu sebab beli skuter Yamaha Ego S 125cc ini sebab ramai kawan kata motor ni jimat minyak.
 
Motor ni kira motor buat pusing-pusing dekat area rumah. Lagipun, kunci dia memang dipegang oleh adik perempuan MrJocko. Bagi dia pakai motor ni senang dia nak gerak ke sana-sini. Dah motorsikal dia, maka kena pinjam la kalau nak guna kemudian hari.
 
 

 

Yang paling suka bila ada motorsikal ni ialah my kids. Maklum la, kalau balik kampung semua nak naik motorsikal. Kali ni, tak payah tunggu balik kampung, duk kat rumah KL pun boleh pusing dalam kawasan rumah MrJocko, tak sibuk dengan kereta dan tak payah nak risau dengan kenderaan lain.

 

Lepas ni senang sikit kalau nak keluar beli benda-benda kawasan sekitar. Kalau dulu keluar pakai kereta, walaupun nak beli Ais Batu untuk minum tengahari, lepas ni pakai motor, start, tak sampai 10 minit dah setel…

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s