Pantai Cenang Langkawi – Tahun Melawat Malaysia 2014

Pantai Cenang di Langkawi merupakan salah satu destinasi pelancongan yang dicari oleh pelancong seluruh dunia kalau melancong ke Langkawi. Apa yang menarik di Pantai Cenang Langkawi??? Banyak yang menarik ada di Pantai Cenang termasuk pantai, lokasi shopping yang murah dan pelbagai serta pilihan makanan yang sedap dan citarasa Malaysia ada di sini.
Banyak aktiviti yang anda boleh buat kalau melancong ke Pantai Cenang, Langkawi antaranya mandi-manda di sepanjang Pantai Cenang. Kawasan ini ada pelbagai tarikan lain seperti makanan, permainan air dan juga hotel, chalet dan home stay yang murah.

Kalau anda suka dengan sukan air atau aktiviti di sepanjang pantai, boleh cuba Parasailing dengan hanya RM90 bagi pengalaman terbang bersama payung terjun sekitar 3km hingga 4km di tarik oleh bot laju. Kalau anda takut, mungkin boleh hanya mencuba menaiki Banana Boat dengan harga RM15 setiap orang.
Mungkin kalau anda sukakan kelajuan, boleh cuba permainan Jet Ski dengan hanya RM120 bagi setiap 30 minit permainan dan anda boleh berkongsi bersama keluarga atau rakan-rakan. Best bukan? Kalau dah penat bermain air, singgah sahaja di mana-mana gerai untuk menikmati makanan atau minuman sepanjang pantai.

Kalau anda datang ke Langkawi menaiki kapal terbang, lokasi Pantai Cenang hanya beberapa Kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (atau nama lama Lapangan Terbang Mat Sirat). Kalau menaiki teksi dikenakan charge sekitar  RM20. Jika anda menggunakan Feri untuk ke Langkawi, anda perlu menaiki Teksi dari Pekan Kuah ke Pantai Cenang dan anda mungkin dikenakan charge sekitar RM30.
Nak mudah, sampai sahaja ke Langkawi, anda sewa kereta dan boleh pilih pelbagai pilihan kereta sewa murah di Langkawi untuk kegunaan anda. Mudah kan??? 
Nak tahu apa lagi yang menarik di Langkawi, boleh lawati entry MrJocko seperti entry ini, Tempat Menarik Di Langkawi
Entry ini menyokong Kempen Tahun Melawat Malaysia 2014

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s