Nada Alam Seri Pajam : Projek Perumahan Impian Kini Jadi Realiti

Setiap orang mesti mengimpikan sebuah rumah yang cantik, selesa, aman dan di dalam suasana kawasan kediaman yang terbaik. Maklumlah, rumah menjadi tempat kita beristirehat selepas penat bekerja seharian. Rumah juga menjadi aset utama kita bersama keluarga tersayang. Mungkin sebab itu Seri Pajam Development dengan inisiatif terbaik mereka melancarkan projek perumahan Nada Alam yang terletak di Pajam, Negeri Sembilan.
 
MrJocko berpeluang menyaksikan Majlis Pelancaran Projek Perumahan Nada Alam oleh Seri Pajam Development pada minggu lepas, di Nada Alam Gallery, Pajam, Negeri Sembilan. Projek perumahan FASA 1 di namakan NADA ALAM ini akan menjadi titik tolak kepada kawasan perumahan Nada Alam yang menggunakan konsep ‘mesra alam’ dan konsep eksklusif dari Seri Pajam Development.
 
 
 
 
 
Projek perumahan Nada Alam ini dirasmikan oleh Dato’ Hasan Bin Malek, Menteri PDNKK, yang mana di Nada Alam ia akan dibina dan mempunyai keluasan 13 ekar kawasan hijau dan segar, punyai 5 konsep taman berbeza, 7km trek joging, sebuah kolam Wetland dan 3 lapisan keselamatan untuk ketenangan anda 24 jam sehari. Sudah tentu anda akan rasa berbaloi dengan pelaburan yang anda buat.
 
 
 
Untuk makluman, harga pembukaan bagi satu unit rumah teres di Nada Alam 1 ini bermula dari RM368,000 sehingga RM440,000 bagi setiap unit. Setiap unit mempunyai ruang porch depan yang sudah siap dibina dan punyai keluasan sekitar 1,540 kaki persegi.
 

Bagi golongan Bumiputera, ada diskaun lima peratus turut diberikan bagi mendapatkan rumah berkenaan.Menurut Seri Pajam Development, lokasi projek terbabit dianggap strategik kerana berdekatan Lebuhraya Seremban-Kajang (LEKAS), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), klinik, pasar raya, stesen kereta api Komuter Batang Benar dan hanya 45 minit untuk ke Kuala Lumpur.

 

 

 
 
MrJocko dah lihat rumah contoh Nada Alam di Seri Pajam ini. Rumah teres yang berada kat tengah dan rumah teres yang berada di Corner Lot yang berharga sekitar RM950,000. Rekaan rumah ini memang menarik. Paling menarik perhatian ruang atas yang boleh di ‘renovate’ untuk di jadikan ruang santai dan ia memang luas. Porch parkir yang boleh memuatkan 2 kereta dan sudah siap di panjangkan sehingga ke pintu pagar.
 
Memang menarik, teringin untuk memiliki sebuah rumah teres di Nada Alam di Seri Pajam ini. Lokasi tidak la jauh sangat dan senang nak keluar samada menerusi Tol Nilai melalui Plus Highway atau Tol Pajam menggunakan Lebuhraya LEKAS. Kalau malas nak drive, boleh naik Komuter yang berada cuma 5 minit pemanduan dari Nada Alam 1. Nampaknya Impian Kini Jadi Realiti dengan Nada Alam Seri Pajam.

 

Jika anda berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan projek-projek perumahan Nada Alam di bawah kendalian Seri Pajam Development ini anda boleh terus ke lokasi tapak pameran diSERI PAJAM PROPERTIES SDN BHD yang beralamat di :

 

Nada Adam Gallery,

Jalan Utama Nada Alam,

Taman Nada Alam,

71700 Mantin,

Negeri Sembilan.

 

Anda juga boleh melayari laman web rasmi Nada Alam di www.nada-alam.com.my untuk memilih projek Nada Alam mana satu yang akan menjadi pilihan anda nanti. Di Nada Alam Seri Pajam, Impian Anda Kini Jadi Realiti.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s