Gejala Dan Sindrom Aku Blogger Hebat

Setelah ramai Blogger yang berjaya dalam bidang penulisan maya, product review, event launch dan juga dikenali sebagai Blogger, semakin hari semakin ramai blogger baru muncul. Ramai teruja untuk jana income 5 angka sebagai seorang Blogger. Akibatnya, ramai yang sedar tak sedar semakin lama semakin hanyut dalam gejala atau sindrom Aku Blogger Hebat.
Kenapa boleh jadi ‘Aku Blogger Hebat’
Antara sebab utama kerana mereka merasakan hanya penulisan, artikel dan cerita blog mereka sahaja yang hebat. Bila dapat sertai dua atau tiga jemputan event dari PR Company, mereka sudah mula rasa hebat kerana rakan blogger lain tak dijemput.
Paling parah, bila ada job jemputan, ada kekosongan, mereka buat tak tahu dan sama sekali tidak berminat untuk menjemput atau cadangkan nama blogger lain. Alasannya, blogger lain tak sehebat mereka, nanti memburukkan nama mereka sebagai introducer… Kalau rekemen sahaja, apa salahnya???
Kredit Gambar hasil BLOGPOPOI.Blogspot.com
Sindrom Aku Blogger hebat juga terjadi bila mengharapkan orang lain masuk ke blog sendiri, sendangkan kita tak pernah sesekali nak jenguk dan baca blog orang lain. Apa salahnya kalau sesekali jenguk blog junior atau rakan blogger lain. Tinggalkan komen sikit. Kerana kalau betul anda blogger hebat, sudah pasti Blogger Junior “Berbesar Hati’ menerima komen atau teguran di blog mereka.
Ada sesetengah blogger pulak, suka compare blog A dengan Blog B. Sebagai pandangan mungkin tak ada masalah. Tetapi kalau dijadikan isu yang besar tak patut la kalau macam tu. Kenapa nak compare? Bukan kah di blog ia lebih kepada penulisan dan pandangan peribadi. Sebagai blogger hebat, tak elok kalau kita gunakan medium blog untuk kutuk, caci, cerca, kondem dan seumpamanya.
Ada blogger baru, nak sangat cepat naik. Sabar bro and sis,,, blogger hebat sebenar pun makan masa 2-3 tahun nak naik. Ni pulak korang baru jer tulis 10 entry dah nak jadi Blogger Hebat. Sabar… Bukan tak boleh. Kata orang, cepat naik,,, cepat la turun.
Apa takrif atau maksud Blogger Hebat sebenanrnya??? Adakah UV 1,000 sehari dikira hebat? Adakah kerana tiap hari sertai event dikira hebat? Atau hebat kerana ramai follower???
Realiti sebenar, ramai Blogger yang betul2 hebat MrJocko tengok cool jer. Biasa-biasa dan tak der la nak kecoh tak tentu pasal… tengok sahaja camana gaya Denaihati, Shakiddo, Ben Ashaari, Redmummy, Abang Nara, Eyriqazz, Broframestone dan juga MrJocko (sajer nak panaskan line sebagai Blogger Hebat) mereka semua professional dalam cara penulisan mereka.
Alangkah indah dunia blog, kalau kita punyai ramai Blogger Hebat yang sentiasa bergabung.  Masing-masing  berjuang dengan cara yang sihat dan mereka tolong antara satu sama lain. Oh Alangkah indahnya kalau lepas ni tak ada dah Sindrom Aku Blogger Hebat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s