Food Republic One Utama, Lokasi Makan-Makan Untuk Semua

Sekiranya anda ke One Utama, anda pasti akan luangkan masa paling kurang satu jam dan mungkin akan pusing-pusing di outlet di dalam bangunan One Utama ini selama berjam-jam. Maklum lah, di One Utama mempunyai dua ‘wings’ yang panjang dan punyai pelbagai pilihan termasuk gerai-gerai makanan yang sedap di Food Republic New Wings.
Untuk makluman anda, di Food Republic One Utama ini, ada pelbagai menu makanan yang sedap dan berpatutan sesuai dengan peringkat umur dan citarasa pelanggan. Anda boleh ke Food Republic untuk menikmati juadah makan tengahari atau makan malam anda kerana di sini ada banyak menu seperti Nasi Ayam Penyet, Makanan dari Korea Selatan, Yong Tau Foo, Ikan Bakar, Masakan Thai, Masakan asli kampung dan kuih muih dan macam-macam menu lagi.

MrJocko dan team Blooggers dijemput untuk mencuba beberapa menu di Food Republic. Antara yang menarik perhatian kami ialah Ayam Penyet Enak (Ayam Penyet Indo Cuisine) yang memang sedap. Rasa la sendiri sambal yang unik dan memang lain dari lain. Sangat sedap bila sambal ini dipadankan dengan ayam penyet goreng. Memang terbaik.

Menu masakan Thailand juga boleh tahan. Lihat menu sotong yang di goreng ala petai untuk hidangan makan malam. Memang menyelerakan, tambah-tambah ada sambal belacan. Rasa thai asli dan ia memang memukau rasa kami yang mencubanya.

Bagi peminat masakan Yong Tau Foo, jangan risau, di sini ada satu gerai Yong Tau Foo yang memang sedap. Kombinasi sup dan juga isi yong tau foo pilihan anda akan pasti membuatkan anda nak lagi cuba menu kat sini. Lagipun harga memang berbaloi-baloi kerana murah.

Satu menu unik dari Korea Selatan ialah Bibimbap yang mana cara makan dia digaulkan sahaja antara sayur dan nasi. Ini makanan tradisi Korea yang selalu di makan pada musim perayaan sahaja di Korea Selatan. Tetapi ia sudah di olah dan anda boleh cuba makanan sihat dan tradisi Korea ini jika berkunjung di Food Republic One Utama. Satu lagi yang best ialah Kimchi Pancake. Nampak macam telur dadar, tetapi dicampur dengan menu Kimchi.

Menu masakan ikan bakar, seafood atau dengan stail masakan bakar menggunakan foil ini memang menarik jugak. Rasa sambal yang di buat memang sedap. Tak puas makan kalau setakat satu pinggan. Kami cuba ikan pari dan seafood, memang rasa dia meletup sedap.

Sebenarnya banyak lagi menu yang sedap di Food Republic One Utama ni. Kami sempat menguji hampir kesemua menu masakan di sini dan ternyata memang banyak kedai menyediakan menu masakan yang sedap dan berpatutan dengan harga yang dicadangkan. Ini kerana pihak Food Republic sememangnya memilih vendor dan kedai masakan yang terbaik sahaja untuk dibawa masuk dan berada di Food Republic bagi menjaga kualiti makanan yang dijual di Food Republic.
Jadi kalau anda singgah di One Utama atau Pavilion, jangan lupa singgah di Food Republic kerana di sana memang banyak pilihan menu masakan yang sedap dan berbaloi untuk anda sekeluarga. Cuba mana satu menu yang menjadi idaman, anda mungkin akan teruja dengan rasa menu makanan di Food Republic.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s