Namdaemun Market Di Seoul Memang Syurga Barang Borong

Antara lokasi wajib singgah kalau anda ke Seoul ialah Namdaemun Market yang terletak ditengah-tengah bandaraya Seoul. Nak ke Namdaemun Market mudah sahaja. Anda boleh naik teksi dari lokasi Dotta Mall atau Dongdaemun dengan bayaran cuma sekitar RM10. Atau boleh ambil LRT dan akan sampai di stesen Namdaemun. Senang.
Kalau di Dongdaemun Market banyak gerai atau kedai yang terletak di bawah tanah, di Namdaemun Market, kedai, gerai dan shoplot kat sini berada di ruang niaga biasa dan mempunyai lorong yang banyak dan panjang. Banyak benda yang boleh anda cari kat sini termasuk baju, kasut, barangan kulit, topi, pakaian perempuan dan pelbagai barang lagi. Rambang mata kalau ke Namdaemun.
Dari segi harga, sesetangah bendah memang murah kat sini. Baju perempuan, Tshirt dan Keychain agak murah berbanding di Dongdaemun Market. Tetapi kasut kulit dan barangan kanak-kanak agak mahal kalau nak dibandingkan di Dongdaemun.

Mungkin kalau nak shopping kat sini nampak happening sikit kerana ramai orang, tak macam di Dongdaemun Market. Pilihan kat sini lagi banyak kerana ia punya banyak kedai dan lorong. Kami berjalan selama 3 jam pun tak habis pusing kat Namdaemun Market. Memang luas. Itu pun banyak sudut atau lorong yang kami tak singgah kerana kat sini banyak kedai yang jual barangan untuk borong dan peniaga. Jadi, kalau nak beli banyak, memang Namdaemun Market tempat sesuai untuk anda.
Kami pergi waktu siang. Kata member, kalau ke sini sebelah malam lagi happening kerana ada lebih banyak gerai dibuka di kaki lima. Memandangkan lokasi Namdaemun agak jauh dari lokasi hotel kami, kami singgah siang jer la. Kang pegi malam, takut kesejukkan. Maklum la cuaca kadang-kadang cecah 5 darjah celcius, sejukkk…
Kalau nak tau maklumat lebih pasal Namdaemun market boleh layari laman web seperti di bawah. Laman web Namdaemun Market Korea. Kalau tak faham bahasa Korea Selatan, sila translate ke bahasa English🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s