Bahaya Rokok Seludup, Murah Tetapi Bahaya

Ayah MrJocko merupakan seorang perokok. Pakcik MrJocko juga seorang perokok. Begitu juga beberapa orang sepupu MrJocko memang seorang perokok. Yang lagi bahaya, mereka ni merokok menggunakan rokok murah dan ia rokok yang diseludup.
Ayah MrJocko berjaya berhenti merokok rokok seludup ini hampir 10 tahun yang lepas. Tetapi Pakcik dan sepupu MrJocko masih lagi belum berhenti walaupun selalu batuk-batuk akibat kesan merokok tersebut. Susah sangat nak berhenti merokok katanya.
Biasalah, kalau dikampung, paling senang kalau nak jumpa rokok yang berjenama murahan. Kata mereka murah. Tetapi mereka semua tak sedar bahawa rokok seludup ini bahaya kerana mempunyai kandungan racun yang tinggi. Rokok-rokok murahan tersebut tidak melepasi piawaian standard yang dibenarkan dan ia masuk secara tidak sah. 
Kalau anda nak tahu, definisi rokok yang tidak sah ialah rokok yang dijual dengan harga di bawah RM7.00 bagi setiap kotak atau tiada amaran bergambar atau kedua-duanya sekali. Kalau anda perhatikan betul-betul, anda dapat bezakan antara rokok yang sah dan rokok yang diseludup.
Pihak Kastam dan pihak berwajib memang selalu memantau dan melakukan rampasan terhadap aktiviti penyeludupan ini. Tujuan utama untuk membendung kemasukan rokok yang tidak sah ini. Kenapa penyeludupan ini masih berlaku. Mungkin kerana masih ramai yang suka menghisap rokok seludup. Berhenti lah, kang lebih baik kalau hidup sihat tanpa rokok seludup???
Untuk makluman, anda boleh lihat paparan Video di YouTube ini tentang Akta Kastam dan Hukuman Mandatori terhadap kesalahan jenayah Rokok Seludup – http://www.youtube.com/watch?v=UVEz26EPJiE 


Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa rokok murah dan tidak sah seperti John, Canyon, Luffman, etc, adalah diseludup oleh sindiket jenayah. Berhentilah menyokong penjenayah. Hubungi Jabatan Kastam di 1800 888855 untuk melaporkan penyeludupan rokok.

Nasib baik MrJocko bukan perokok. Mungkin sebab itu MrJocko tak berapa kisah sangat pasal rokok seludup. Tetapi bila mengenangkan ramai rakan-rakan atau kenalan yang sakit atau meninggal akibat kesan dari rokok yang beracun ini, rasanya MrJocko nak kongsi informasi ini kepada rakan-rakan dan pembaca. Anda mungkin tidak sayangkan diri anda, tetapi anda ingatlah orang lain yang menyayangi anda. 
Mungkin duit untuk membeli rokok beracun tersebut anda boleh gunakan kepada perkara-perkara yang lebih berguna untuk anda, keluarga dan sahabat handai anda. Jauhilah rokok seludup untuk kesihatan yang lebih berkualiti.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s