i-City Taman Cahaya Digital Berwarna Warni

i-City yang bertempat di Shah Alam sememangnya lokasi  yang kini menjadi tumpuan pelancong kalau berkunjung ke Selangor. i-City kini terkenal sebagai ‘Taman Cahaya Digital Warna Warni’ buatan Malaysia yang terbaik setakat ini di Malaysia. Keindahan landskap buatan ini memang menarik ribuan pengunjung setiap malam tambah-tambah lagi malam minggu. i-City memang di kenali sebagai sebuah Bandar dengan Cahaya Digital. 

“As night falls, i-City’s mesmerising nightscape with over 1 million LED lights will lit the sky daily in a thematic manner. The place comes alive with an amazing forest of man-made maple and pine trees brightly illuminated with seasonal LED lightscape themes.”

Yang paling gembira kalau bawa anak-anak ke sini, limpahan warna warni lampu digital memang berkilauan dan cantik. Landskap rekaan lampu digital di i-City memang menarik. Tak perlu ke luar negara, di i-City memang punyai daya tarikan yang cantik dan mengkagumkan.

Kalau anda sering ke i-City untuk melihat cahaya yang berwarna-warni ini anda akan perasan yang dalam beberapa keadaan ada beberapa landskap akan berubah mengikut tema dan rekaan terkini khusus untuk pengunjung di i-City. Banyak lokasi menarik untuk anda dan keluarga merasai pengalaman terbaik di dalam limpahan lampu digital ini dalam satu kawasan yang luas.

Tak rugi kalau singgah di i-City untuk masa berkualiti anda bersama keluarga. Di i-City ini terdapat berjuta-juta nyalaan lampu digital yang berwarna-warni yang membentuk rekaan pokok Maple, Pine dan Bunga Matahari palsu. Bila malam, memang cahaya lampu ini membentuk landskap yang sangat cantik.
Di taman cahaya digital i-City ini juga, anak-anak boleh mencuba pelbagai permainan termasuk permainan 2-tier carousel, spacewalk dan juga filem 6D thriller berdekatan dengan charge yang berpatutan. Tiket kemasukkan untuk ruang parkir sebanyak RM10 sahaja bagi sebuah kereta. Untuk permainan lain, setiap permainan dikenakan charge tiket dari RM5 bagi satu permainan.
Waktu operasi permainan Outdoor Park i-City bermula dari jam 6.00 petang sehingga jam 12.00 tengah malam. Bagi operasi City of Digital Lights (Lampu Digital di Taman i-City) bermula dari jam 7.00 malam sehingga jam 4.00 pagi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s