MrJocko Dan Makanan Sewaktu Di Gold Coast Australia

Kenangan travel backpacker ke Gold Coast Australia tahun 2010 masih lagi diingatan. Sangat best pasal itu adalah trip pertama MrJocko ke Australia yang memakan masa penerbangan selama 8 jam dari LCCT ke Coolangata Airport. Memang rasa agak penah, tetapi teruja kerana belum pernah sampai Australia. Masa tu naik AirAsiaX yang sememangnya penerbangan kesukaan MrJocko🙂
Asal perancangan memang nak pergi bujang, nak survey lokasi dulu sebelum ada rezeki nak bawa family ke Gold Coast Australia. Jadi bila ada peluang bercuti dengan Shazmeer, MrJocko ikut je. Alhamdulillah, selepas 4 hari berada di sana, memang Gold Coast merupakan lokasi percutian keluarga yang terbaik. 
Antara perkara wajib yang MrJocko survey selama di Gold Coast ialah mencari makanan halal. Dan sebenanrnya di Australia, memang banyak gerai dan restoran Halal, cuma kena ambil masa dan sedikit usaha mencari lokasi makanan halal di Gold Coast ini. Sepanjang 4 hari di Gold Coast, MrJocko akan kongsi apa yang MrJocko makan selama di sana.
Hari pertama sampai, rasa macam tak berapa yakin boleh cari makanan halal. Walaupun masa pergi MrJocko bawa 6 paket Maggi Perisa Vegetarian sebagai stok kecemasan, rupanya dalam masa 4 hari tu, MrJocko makan satu bungkus sahaja. Lagi 5 bungkus, MrJocko tinggalkan di dalam bilik sebelum pulang ke Kuala Lumpur.
Hari pertama, MrJocko beli roti dan buah-buahan yang dijual di kedai runcit 24jam hadapan hotel tempat MrJocko menginap. Jangan terkejut kalau kat Australia ada jual daging Halal dan juga banyak barang berstatus halal ada dijual di pasaraya di sana. Kalau dah ada status halal, MrJocko yakin dengan produk tersebut.

Hari pertama juga, masa nak check-in, ada satu Lori sebuah syarikat susu lembu datang membuat promosi betul-betul dihadapan hotel. Alhamdulillah, dapat la ambil 3 botol susu perisa Coklat dan Asli untuk buat minum. Rezeki.

Petang pada hari pertama, MrJocko singgah makan di dalam Fast Food di dalam SeaWorld. Benda yang kami lihat cuma Shrimp Burger and Vegetarian Food. Itu sahaja yang menarik dan kami yakin tiada campuran benda-benda tak halal. Cukup la buat alas perut kami pada petang tersebut.

Malam hari pertama, malam kedua dan malam ketiga, kami makan di sini, Restoran Maharani Malaysia, makanan laut yang 100% di sebelah hotel Islander Main Beach Gold Coast. Memang dekat dengan hotel dan Hard Rock Cafe Surfers Paradise. Harga makan sini boleh tahan, tetapi rasa memang sedap. Maklum la Tauke kedai ialah Melayu Malaysia dan Singapura.

Hari Kedua, MrJocko makan makanan Vegetarian lagi di dalam Movie World Gold Coast Australia. Masa ni juga kami makan kudap-kudap termasuk bertih jagung kat dalam tu. Bayangkan seharian berjalan di Movie World Gold Coast, memang penat dan dahaga. Nasib baik ketika masuk ke dalam, MrJocko boleh bawa masuk 2 biji buah epal dan sebotol air mineral. Camana boleh lepas tak tahu, mungkin dia terlepas pandang🙂. Jimat la sikit, kalau tak satu menu kat dalam tu berharga sekitar $15, kira-kira RM45 satu menu…

Hari terakhir, MrJocko dari Brisbane. Pagi keluar ke Brisbane naik Train. MrJocko makan tengahari di rumah rakan pejabat Zaini yang ketika itu tengah belajar di sana. Kemudian sebelum petang MrJocko naik CityCat menyusuri bandaraya Brisbanne yang cantik. Malam kembali ke Gold Coast dan kami makan Roti Kebab Turki di lorong Main Beach di Surfers Paradise.
Kesimpulannya, kalau ke Australia memang senang jer pun nak cari makanan halal. Cuma kalau nak cari nasi goreng ke, tomyam ke, nasi lemak ke, memang la susah. Tetapi makanan arab, makanan turki serta makanan vegetarian memang banyak di jual kat Australia. Kalau nak masak pun, ada dijual daging halal kat sana. Jadi kalau nak mudah, macam MrJocko, beli buahan dan makan makanan vegetarian untuk alas perut. Nak makan sedap, tunggu balik Malaysia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s