Restoran Sails Cafe Steamboat Di Harbour Square Sandakan

Sandakan memang terkenal dengan lokasi bandar tepi pantai dan memang mempunyai banyak pilihan makanan yang sedap dan makanan laut terbaik dan murah. Kalau anda peminat makanan laut, Sandakan semestinya satu lokasi pilihan wajib anda kalau berkunjung ke Sabah.

MrJocko pernah singgah untuk makan malam di Sails’ Cafe Restaurant, sebuah restoran steamboat yang terletak di Harbour Square dan bersebelahan dengan Swiss-Inn Hotel Sandakan. Lokasi restoran ini berada betul-betul mengadap laut dan anda boleh menikmati keindahan matahari petang dan juga pemandangan matahari terbenam berlatarbelakangkan pantai dan pengkalan kapal laut TLDM berhampiran.

Memandangkan lokasi Sandakan memang dekat dengan laut, makanan laut memang murah. Pakej buffet steamboat di Sails’ Cafe pada masa tu cuma RM20 per pax untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Ada pilihan udang saiz besar, ketam, sotong, ikan, ayam dan daging, serta pilihan meatball dan bebola yang memang menarik selera MrJocko sekeluarga. Dengan harga RM20 per pax, harga steamboat di Sails’ Cafe memang berbaloi-baloi.

 

 

Bukan setakat makanan, pilihan sayuran, buahan dan minuman juga memang punyai banyak pilihan. Tambah lagi pada masa kami ke sana, suasana restoran Sails Cafe memang selesa dan kami sekeluarga memang enjoy dengan masa makan malam kami. Bayangkan kami berada di sana sejak pukul 5.00 petang sebelum Maghrib dan selesai makan selepas jam 8.00 malam🙂. Kalau kami ke Sandakan, sudah pasti kami akan mencuba lagi menu di Sails Cafe Restaurant ini. Harap tahun depan dapat ke sana bersama AirAsia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s