Review Hotel – Tokyo Dome Hotel Jepun

Hotel pertama MrJocko menginap semasa ke Tokyo tahun 2012 ialah Tokyo Dome Hotel yang terletak betul-betul di tengah bandaraya Tokyo. Hotel ini terletak betul-betul di bawah stesen Keretapi bawah tanah Tokyo Dome City Hall dan bersebelahan dengan Stadium Tokyo Dome, stadium baseball pasukan Tokyo Giant yang terkenal di Jepun.
Pengalaman pertama kali menginap di tingkat 33, hotel Tokyo Dome dengan keluasan sekitar 300 kaki persegi dengan pemandangan yang cantik bandaraya maju Tokyo. Bilik kami mempunyai 2 katil single dan kemudahan tv satelit, mini fridge, bath tub dan kemudahan yang biasanya ada untuk hotel yang bertaraf 5 bintang.
Harga bilik Superior Twin di Tokyo Dome Hotel ini biasanya dikenakan charge ¥31,000 untuk satu malam atau bersamaan lebih kurang RM1,000 dalam matawang Malaysia. Tak pasti samada ini hotel termahal atau tidak, tetapi kalau tanya MrJocko memang terbaik dan puas hati. Bilik memang cantik, view cantik dan servis memang terbaik.
Salah satu yang unik di kebanyakkan hotel di Tokyo, mereka memang mengutamakan konsep hijau atau “eco” system bagi menjaga alam sekitar. Satu lagi, Tour Guide kami kata, kalau korang terdesak sangat, air paip di dalam Toilet di kebanyakkan hotel di Tokyo memang datang dari air suling yang bersih. Nak minum pun memang selamat. Erm,,, MrJocko tak cuba pulak minum air dalam toilet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s