Peraduan Beli Dan Terbang Saudi Gold Cold Storage Malaysia

Saudi Gold Cold Storage Sdn Bhd sebuah syarikat pengedar makanan sejuk beku yang beroperasi di Sungai Petani, Kedah kini melebarkan sayap mereka dalam bidang pemasaran secara menyeluruh apabila pertama kali melancarkan Peraduan Beli Dan Terbang Saudi Gold yang sudah bermula pada 21 Oktober 2013 dan akan berakhir pada 21 Disember 2013.
Kempen peraduan Beli Dan Terbang Saudi Gold selama 2 bulan ini akan memberi kelebihan kepada pihak Saudi Gold Cold Storage untuk meluaskan lagi promosi dan menyampaikan kesedaran kepada orang ramai bahawa syarikat Saudi Gold mempunyai pelbagai jenis dan pilihan makanan sejuk beku yang bersesuaian dengan pilihan sekeluarga.

Sempena dengan pelancaran Kempen Peraduan Beli dan Terbang Saudi Gold pada kali ini, pihak syarikat Saudi Gold menawarkan hadiah-hadiah seperti pakej percutian menarik kepada bakal pemenang yang terdiri dari pakej percutian ke Itali dan Austria, Korea, Harbin dan juga Shanghai. 
Pemenang bakal dibawa terbang untuk menikmati keindahan dan musim sejuk di negara Itali, Austria, Korea, Harbin China dan Shanghai China. Sudah pasti berbaloi jika anda berpeluang menang dengan hanya membeli minima RM25 produk keluaran Saudi Gold Cold Storage Sdn Bhd.

Bagaimana untuk menyertai peraduan Beli dan Terbang Saudi Gold ini? Mudah sahaja, anda cuma perlu membeli produk-produk keluaran Saudi Gold Cold Storage Sdn Bhd samada produk favourite Scallops, Ayam Goreng Saudi Gold, Burger Ayam dan Lembu, Kentang Goreng, pelbagai jenis Nugget dan macam-macam lagi.
Pembelian minima barangan Produk Saudi Gold bernilai RM25 (atau lebih) dalam satu resit melayakkan anda untuk menyertai satu peluang peraduan Beli dan Terbang Saudi Gold ini. Cara untuk sertai peraduan Beli dan Terbang Saudi Gold :
1. Dapatkan borang penyertaan dari outlet atau pasaraya yang mengambil bahagian,
2. Jawab soalan mudah dan sertakan resit sebagai bukti pembelian produk Saudi Gold,
3. Masukkan borang penyertaan berikut ke dalam kotak yang di sediakan.
Hadiah yang bakal menanti pemenang Peraduan Beli dan Terbang Saudi Gold ialah :
Hadiah Utama
Pakej Pelancongan untuk Seorang (1 orang) ke Itali dan Austria
Pakej 9 hari 7 malam ke Itali dan Austria Musim Sejuk
Hadiah Kedua
Pakej Pelancongan untuk Seorang (1 orang) ke Korea
Pakej 8 hari 6 malam ke Korea Fun & Snow Musim Sejuk
Hadiah Ketiga
Pakej Pelancongan untuk Seorang (1 orang) ke Harbin, China
Pakej 7 hari 6 malam ke Harbin World of Ice, China Musim Sejuk
Hadiah Penghargaan
4 orang pemenang Hadiah Saguhati Pakej Pelancongan ke Shanghai, China
Pakej 4 hari 3 malam ke Shanghai Delight, China
Jadi apa tunggu lagi, jom dapatkan produk Saudi Gold di pasaraya yang berhampiran anda. Banyak produk Saudi Gold yang boleh anda cuba seperti scallops yang sedap dan menyelerakan oleh Saudi Gold. Produk Saudi Gold mempunyai kelulusan Halal Jakim dan mempunyai Panel Shariah tersendiri bagi memastikan kesemua produk keluaran Saudi Gold ialah 100% Halal dan di jamin Standard Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s