Ramai Blogger Penipu – Sebab Apa Mereka Menipu?

Bila banyak kali berpeluang jumpa ramai blogger, peluang kenal ramai blogger dan belajar sikit-sikit pasal blogger, ada beberapa sebab MrJocko berani kata yang ramai blogger terdedah untuk menjadi Penipu. Kenapa mereka nak menjadi seorang penipu?
Antara yang menarik perhatian, bila ada blogger menipu dalam tajuk entry lain, sedangkan isinya sama sekali berbeza dengan tajuk entry. Erm, rasanya ini boleh dimaafkan kerana ia satu gaya penulisan menarik minat pembaca. Contoh, ‘Adun Merlimau Meninggal Dunia’. Bila di baca penuh, rupanya Bekas Adun Merlimau yang meninggal dunia. Gamat seketika kan???
Ada blogger yang menipu tentang UV harian trafik semata-mata nak tunjuk yang Blog mereka dibaca oleh ramai pengunjung. Bila PR atau member blogger tanya, ‘berapa daily UV blog anda?’ Jawapannya biasanya akan diganda dua dari jumlah asal. Kalau 100UV di katakan 200UV. Kalau 500UV di katanya 1000UV begitu lah sebaliknya. Menipukan??? Yang ni tak patut…
Sesetengah pula, menipu Event Percuma pun dikatakan Berbayar. Maklum la, malu nak ngaku pergi event PERCUMA agaknya. Adesss,,, kenapa nak malu. Kalau korang memang nak pegi event percuma, tak ada siapa paksa pergi la. Tak ada sesiapa boleh halang. Malaysia negara demokrasi, kira tak perlu tunduk kepada paksaan dan pandangan orang lain.
Ada yang paling teruk, Buat blog, letak gambar awek cun, sedangkan penulis Jantan Kaberet. Ada ker??? Punya la berduyun-duyun pembaca masuk ke blog ‘awek cun’ tersebut sedangkan penulisnya yang sebenar seorang Lelaki…. ekekeke (ini rekaan semata-mata)
Apa-apa pun, macam yang blogger otai lain cakap, jadi la penulis blog yang berwibawa, berkredibiliti dan punyai nilai tersendiri. Lambat naik tak apa, asalkan jangan suka COPY PASTE jer kerjanya. Cerita la kisah ayam berlaga ker, kucing berak cair ke, keretapi terbalik ke, lama-lama kalau anda konsisten menulis, mesti akan ada follower anda tersendiri. Di dunia ni ada berjuta manusia dan takkan la dalam berjuta tak ada beberapa ratus orang yang nak baca cerita kita???
Sebab utama mereka menipu mestilah sebab taknak orang kata menulis blog syok sendiri dan tiada orang nak baca blog mereka. Bukan semua blogger penipu, sesetengahnya sahaja. Itupun sebenarnya tak ramai. 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s