Sudah Pregnant 4 Bulan : Baby Kembar Ke?

Alhamdulillah, bulan ini, November 2013, kandungan baby ketiga ini sudah memasuki bulan yang keempat dan Wife semakin pulih dari alergik dan alahan mengandung yang teruk. Kalau 3 bulan pertama dulu, memang wife mengalami muntah teruk dan alahan yang kronik.
Minggu lepas kami tukar panel doktor untuk ibu mengandung. Dari Hospital Pakar Pusrawi kami pilih Klinik  24jam di Gombak. Kata kawan-kawan wife, servis kat sini memang bagus. Lagipun doktor kat sini ramai doktor perempuan dan doktor pakar sakit puan. 
Nampaknya hasil medical check-up, semua sihat. Wife pun sihat, baby dalam kandungan pun sihat dan mengikut jadual yang teratur. Molek la, kalau boleh tak nak la ada sebarang masalah sepanjang masa wife hamil ni dan tak nak ada benda yang tak sihat. Doakan kesihatan dan diberikan kemudahan kepada kami semua, Amin.
Oleh kerana masa MrJocko share di Facebook, MrJocko guna gambar scan ini, ramai yang tanya samada dapat baby kembar ke??? Sebenarnya ini gambar yang dibuat dua oleh doktor yang merawat wife. Wife MrJocko mengandung seorang baby sahaja, bukannya kembar. Kalau dapat kembar, Alhamdulillah juga, rezeki berganda.
Yang penting untuk kali ini harap baby dan mak dia sihat walafiat. Lagi bagus kalau dapat rezeki anak lelaki untuk dijadikan kawan MrJocko layan bolasepak🙂. Sekali lagi, sama-sama la doakan semoga kali ini MrJocko dapat seorang Hero. Amin, Ya Rabbal A’lamin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s