Promosi Hello Kitty Fairy Tales Di McDonalds

Bagi peminat soft toys Hello Kitty, anda mungkin berminat untuk menyimpan koleksi mainan soft toys limited edition keluaran McDonalds dengan promosi terbaru November 2013 dengan Hello Kitty Fairy Tales McDonalds yang akan menemui pelanggan bermula Khamis, 7 November 2013.
Sempena promosi Hello Kitty Fairy Tales McDonalds ini anda akan dapat membeli satu soft toys Hello Kitty edisi terhad ini dengan hanya RM15.95 bagi setiap mainan tanpa sebarang pembelian, atau cuma RM9.90 sahaja dengan setiap pembelian McValue di outlet dan restoran McDonalds yang berhampiran.

Untuk koleksi Hello Kitty Fairy Tales yang pertama, MrJocko sempat membeli 2 koleksi yang diberi nama The Ugly Duckling di outlet McDonalds SOGO semalam. Maklum la, anak ada dua orang, maka kena beli sorang satu supaya tak berebut. Semalam masih banyak lagi stok soft toys Hello Kitty The Ugly Duckling di restoran McDonalds SOGO. Kalau berada di sekitar SOGO dan berminat nak simpan koleksi Hello Kitty ini boleh la ke sana.

Sepanjang tempoh promosi Hello Kitty Fairy Tales McDonalds ini yang bermula pada 7 November 2013, anda akan dapat kumpul 5 jenis koleksi yang berbeza sepanjang tempoh promosi sehingga 5 Disember 2013 sementara stok masih ada.
Koleksi edisi terhad soft toys Hello Kitty Fairy Tales McDonalds kali ini bermula dengan karektor The Ugly Duckling pada 7 November, Frog Prince pada 14 November, Wizard of OZ pada 21 November, Little Red Riding Hood pada 28 November dan akhir sekali Singing Bone pada 5 Disember 2013. Jangan lepaskan peluang untuk kumpul koleksi Hello Kitty anda kerana untuk nilai RM9.90 bagi setiap soft toys Hello Kitty, ia amat murah dan berbaloi🙂. 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s