Anda Beli Rokok Seludup Bermakna Anda Sokong Jenayah

Kepada rakan yang masih lagi membeli dan menghisap rokok seludup, rokok tidak sah, MrJocko harap mereka sedar bahawa perbuatan mereka itu menyumbang kepada satu kegiatan Jenayah Penyeludupan rokok di Malaysia. Rokok seludup ni memang satu kegiatan jenayah.
Anda mungkin tidak sedar bahawa dengan membeli rokok seludup anda menyokong kegiatan penyeludupan rokok. Anda secara tidak langsung menyumbang dana kepada kegiatan jenayah terancang oleh kumpulan Penjenayah. Takkan anda mahu lihat duit anda membantu operasi jenayah mereka.
Nasib baik MrJocko bukan perokok. Mungkin sebab itu MrJocko tak berapa kisah sangat pasal rokok seludup. Tetapi bila mengenangkan ramai rakan-rakan atau kenalan yang sakit atau meninggal akibat kesan dari rokok yang beracun ini, rasanya MrJocko nak kongsi informasi ini kepada rakan-rakan dan pembaca.
Oleh yang demikian, jika anda masih membeli rokok seludup bermakna anda masih menyokong satu jenayah yang akan memberi kesan negatif kepada kita rakyat Malaysia dan dunia secara amnya. Hentikan sokongan anda kepada rokok seludup.
Hubungi Jabatan Kastam di 1800 888855 untuk melaporkan penyeludupan rokok.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s