Tak Puas Bercuti Di A’Famosa Resort

Walaupun musim cuti sekolah belum bermula, kemeriahan musim cuti sudah dapat dirasakan. Maklumla, ramai anak-anak kita sudah selesai menduduki peperiksaan akhir tahun. Sekarang musim untuk bercuti bersama keluarga di hujung tahun.

MrJocko minggu lepas bekerja sambil membawa wife dan anak-anak ke A’Famosa Resort Melaka. Kami menginap di Villa 2 bilik dan berpeluang untuk singgah ke Old West Town (dulu dikenali sebagai Cowboy Town), Safari World dan juga Water Theme Park A’Famosa Resort.

 

 

Sememangnya tidak cukup untuk tempoh dua hari kami kat sana kerana kalau anda nak tahu, di Safari World sahaja ada 3 pertunjukkan haiwan-haiwan di sana. Burung, gajah dan yang terbaik Wild Wild West Show. Anda pasti teruja.

Untuk watet theme park A’Famosa, ada banyak ride yang anda boleb cuba dari mainan Family Ride hingga high speed gelungsur air. Minggu depan, ada gelungsur air besar Big Ice Cream akan dibuka di sana. Memang satu hari tak cukup berendam di water park.

Malam pula, boleh ke Old West Town atau nama lamanya Cowboy Town. Selain banyak pertunjukkan aksi bermain api, apa perarakkan haiwan dan jugak aksi akrobatik lain yang mengujakan. Paling best ia disudahi dengan Pertunjukkan Bunga Api. Ini semua anda boleh dapati di A’Famosa Resort dengan nilai pakej yang murah dan berbaloi.

Untuk musim cuti sekolah ini, bawa lah anak-anak dan keluarga anda ke A’Famosa Resort Melaka. Satu lokasi yang ada kemudahan Taman Tema Air, Safari, Cowboy Town di sebelah malam dan penginapan yang berpatutan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s