Restoran Cupcake Chapter Di Ukay Boulevard

Sudah lama nak singgah di restoran Cupcake Chapter di Ukay Boulevard ini, tetapi tidak berkesempatan. Minggu lepas akhirnya sempat ke sana setelah bertahun plan. Salah satu sebab nak ke Cupcake Chapter kerana ini kedai bekas kawan satu pejabat sewaktu di BNM dulu. Ingat nak singgah untuk jumpa En Yusof, sekali gus nak cuba menu kat sana.
Sayangnya, masa MrJocko sampai di Cupcake Chapter, kawan MrJocko itu ada urusan lain di luar kawasan tersebut. Tak sempat la nampaknya nak jumpa En. Yusof. Tetapi, tak nak balik dengan perut kosong, MrJocko sempat cuba Promosi minum petang RM10 sahaja untuk air Americano dan Coklat Muffin.

Menu di Cupcake Chapter Ukay Boulevard ni sebenarnya pelbagai. Ada menu lain yang sememangnya menarik di restoran Cupcake Chapter ini. Kali ini MrJocko nak share pasal menu CupCake sahaja. Memang banyak jenis cupcake di sini dan semuanya sedap.
Antara menu cupcake yang ada kat sini ialah Red Velvet, Red n Wild, Oreorange, Peanut Butter Banana, Marshmallow Cream Cheese, Cookies A dan banyak lagi. Dalam banyak-banyak jenis Cupcake di Cupcake Chapter ini, mesti ada 2-3 jenis cupcake yang sedap dan memenuhi citarasa anda. Harga setiap Cupcake di Cupcake Chapter ini cuma RM4.50 sahaja bagi setiap biji.
Kalau anda berada sekitar Ukay Perdana, Ulu Kelang dan Gombak, singgah la di Cupcake Chapter di bangunan Ukay Boulevard, lebuhraya MRR2 Ulu Kelang untuk mencuba resepi-resepi sedap kat sini. Lokasi mudah dicari, dekorasi dalaman restoran yang cantik dan sememangnya menu cupcake yang juga sedap hanya di Cupcake Chapter, Ukay Boulevard.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s