Tradisi Makan Berselo Di Raja Di Istana Ampang Tinggi

Negeri Sembilan Food Trail 2013 Edisi Kedua sebenarnya bermula dari Bangunan MARA Seremban dan menuju ke Muzium Negeri Sembilan. Di perkarangan Muzium Negeri, kami di jemput untuk merasai sendiri pengalaman untuk makan tradisional ala raja-raja di Istana Ampang Tinggi dengan mengekalkan konsep ‘Makan Berselo’. Kami para media dijemput untuk makan berselo di atas Istana Ampang Tinggi, salah satu Istana lama tinggalan sejarah Negeri Sembilan.

Menu kami pada hari tersebut mengekalkan menu masak lemak daging salai, ayam masak merah tradisional, sayuran, masak lemak pucuk kayu yang ada dicampur dengan tempoyak serta buahan. Perghh!!! Rasa asli masakan istana zaman kegemilangan Minang memang terbaik.

Sebenarnya pakej ‘makan berselo’ ini disediakan oleh pihak Muzium Negeri Sembilan kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk merasai keunikkan citarasa asli Negeri Sembilan dan pengalaman makan tengahari di dalam Istana lama, Istana Ampang Tinggi. Ia sememangnya pengalaman yang terbaik yang anda akan rasai di Muzium Negeri Sembilan.

 

 

Bagi yang berminat anda boleh terus menghubungi pihak Muzium Negeri dan memilih pakej makan tengahari dan makan malam anda dari serendah RM8 bagi setiap orang dan sehingga RM15.00 bagi pakej yang lebih meriah dan kepelbagaian lauk pauk asli Negeri Sembilan.

Pengalaman makan berselo di Negeri Sembilan Food Trail 2013 memang meninggalkan kenangan yang terbaik. Bayangkan kalau kita dalam keluarga yang besar bersama-sama merasai pengalaman makan berselo ini, ia sudah pasti akan lebih mengeratkan hubungan kekeluargaan. Bagi yang ingin membuat majlis makan atau keramaian, apa kata berurusan dengan pihak muzium dan buat majlis anda di sini. Sudah pasti ia akan menjadi majlis keramaian terbaik untuk anda dan jemputan anda.

Entry ini menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2014

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s