Kisah Seram Villa Nabila Dan Filem Hantu Malaysia

Seram tak anda kalau dengar pasal Kisah Villa Nabila yang berada di Johor? Seramkah anda bila ada orang beritahu yang kisah 30 orang yang masuk ke Villa Nabila, tetapi yang dapat keluar hanya 7 orang sahaja? Betul ke seram atau itu semua hanya permainan perasaan takut anda sahaja??? Atau mungkin kah kita dah banyak ditakutkan oleh cerita-cerita hantu yang semakin galak di pawagam seluruh negara.
 
Bagi yang belum pernah tahu tentang kewujudan rumah seram bernama Villa Nabila, boleh lihat gambar Villa Nabila di sini. Ini semua ihsan dari gambar google di internet. Banyak gambar lain yang menunjukkan lokasi dan gambar Villa Nabila yang terletak di Johor ini. Kisah misteri Villa Nabila yang menjadi buah mulut orang sampai ke hari ini.
 
 
 
 
Nak percaya, tak pernah lihat lagi kewujudan hantu. Tak nak percaya, ramai pulak yang asyik bercerita tentang hantu dan misteri rumah Villa Nabila yang seram ini. Lama kelamaan, fikiran mula menanam perasaan was-was dan kemudian takut. Lama-lama, timbul seakan percaya yang kat Villa Nabila memang berhantu. Makin di kongsi, semakin ramai yang mula takut akan rumah misteri ini.
 
Rasanya, di Malaysia banyak juga filem-filem yang berkaitan dengan Hantu. Lihat sahaja Hantu Kak Limah Balik Rumah, Hantu Kapcai, Hantu Bonceng, Khurafat, Misteri Jalan Lama, Blok 505 dan banyak lagi kisah seram yang di paparkan dalam Filem dan TV Malaysia seakan mahu menanam perasaan takut kita kepada hantu yang sememangnya tak wujud pun.
 
Kalau boleh, kurangkan pendedahan kepada cerita hantu. Banyakkan cerita yang lebih kepada filem membina seperti filem Pursuit of Happiness, Forrest Gump, Leftenan Adnan, Bukit Kepong dan banyak lagi contoh filem lain. Filem hantu ni, tak payah buat la, merosakkan minda kanak-kanak dan orang dewasa.
 
So, camana kalau kita terus dikhabarkan dengan cerita hantu seperti Mak Lampir dan juga Hantu Langsuir. Cerita-cerita seperti Villa Nabila ni pun rasanya macam tak berapa betul jer. Kalau sesiapa yang ada di JB atau tahu cerita kisah seram Villa Nabila ni, boleh share kat komen sini ???

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s