Sokong Juara Kita, Sokong Kibaran Tenaga Milo Sukan SEA 27

Awal November 2013, MILO Malaysia telah melancarkan inisitif Kibaran Tenaga MILO dan ia merupakan fasa kedua dalam Kempem MILO Tenaga untuk Juara dimana tujuannya ialah untuk menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya menyatakan ikrar dan sokongan mereka kepada Kontingen Malaysia yang kini sedang dalam perjalanan untuk berjunag di Sukan SEA ke-27 di Myanmar.
Inisiatif Kibaran Tenaga MILO ini dilancarkan secara rasmi oleh Alois Hofbauer, Ketua Serantau Nestle Malaysia dan Singapura bersama Dato’ Wira Amiruddin Embi, Chef de Mission bagi Kontingen Malaysia di Sukan SEA. Sasaran kali ini ialah mengumpul sebanyak 2.7 juta tenaga di dalam bentuk ‘julangan api’ maya sebagai dorongan kepada atlet Malaysia ke Sukan Sea 27.

Rakyat Malaysia di jemput untuk ke laman Web MILO Malaysia dan menyatakan sokongan mereka dengan hanya satu klik untuk setiap orang dan ia akan menyalakan obor ‘maya’ bagi menunjukkan sokonga kepada atlet Malaysia ke Sukan Sea 27 di Myanmar. Bangi mereka yang mempunyai Facebook, Twitter atau Instagram, sokong Kibaran Tenaga MILO ini dengan hanya menggunakan hashtag rasmi #MILOforMalaysia dalam status update mereka.
Dengan sokongan padu seluruh rakyat Malaysia pada kali ini, ia di harapkan akan memberi semangat dan suntikan kemenangan kepada semua atlet kita semasa berjuang di Sukan SEA 27 di Myanmar. Sepanjang kempen ini, MILO Malaysia akan menggerakkan Trak Tenaga yang dikenali ramai ke seluruh Negara untuk menyatakan sokongan kepada atlet Malaysia dan menyatukan semua rakyat di dalam usaha untuk mempamerkan sokongan padu kepada Kontingen Malaysia. Di samping itu, MILO akan menganjurkan aktiviti-aktiviti di dalam pasar raya terpilih seluruh negara untuk tujuan tersebut.

Siapa yang tak kenal dengan VAN MILO. Ia memang sudah sinonim dengan rakyat Malaysia dan sudah lama bertapak dan menyokong atlet-atlet Malaysia. Bagi anda yang belum ke laman web MILO Malaysia, apa kata tunjukkan sokonga anda dengan melayari laman web www.milo.com.my/seagames dan klik butang “I SUPPORT” untuk tambahkan lagi nyalaan obor semangat atlet kita. Atau gunakan hashtag #MILOforMalaysia dalam status update Facebook atau Twitter anda.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s