Musim Cuti Sekolah, Apa Anak-Anak Anda Buat?

Musim cuti sekolah tahun 2013 dah tiba, maka bergembiralah kanak-kanak dan murid-murid yang bersekolah kerana mereka akan cuti sekolah akhir tahun selama lebih dari sebulan. Enjoy nampaknya. Tetapi bagi ibubapa yang ada perancangan, sudah pasti sedang merancang plan terbaik untuk pengisian anak-anak sepanjang musim cuti sekolah ini.
Bagi MrJocko, anak-anak juga perlu masa untuk zaman kanak-kanak mereka. Tak perlu terlalu fokus kepada belajar, belajar dan belajar. MrJocko masih lagi berpegang kepada keseimbangan untuk belajar dan ada sedikit pengisian zaman kanak-kanak mereka. Zaman kanak-kanak mesti kena ada main. Pun begitu, pelajaran tetap diutamakan.
Untuk minggu pertama cuti, MrJocko beri masa anak-anak bercuti dulu. Minggu lepas, dah bawa bercuti di A’Famosa Resort Melaka yang memang best. Minggu ni InsyaAllah akan bercuti ke Genting Highlands. Selepas itu minggu depan, anak-anak akan buat ulangkaji pelajaran tahun lepas. Untuk kanak-kanak yang belajar di Sekolah Aliran Cina, banyak yang perlu dibuat. Homework memang banyak.

Satu perkara lagi, mungkin kelebihan MrJocko kerana kerja sendiri dan tidak terikat dengan waktu pejabat. Masa ada kelapangan, pagi atau petang boleh bawa anak-anak pusing dan jalan-jalan mengisi waktu lapang. Best jugak la kerana time shopping, tak payah nak berebut dengan orang ramai, tengok wayang pun orang tak ramai dan pusing jalan raya pun tak la jalan sesak. Pada yang nak kerja sama macam MrJocko, boleh call atau email yer…
Waktu cuti sekolah macam ni, apa yang selalu mak ayah buat untuk pengisian anak-anak??? Bak kata abang Jaymie, jangan habiskan masa cuti sekolah anak-anak begitu sahaja tanpa sebarang pengisian.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s