Hotel Casa Del Rio Melaka

Hotel Casa del Rio Melaka merupakan salah satu hotel yang terkenal di Bandaraya Melaka bersejarah. Hotel ini Mrjocko diiktiraf sebagai Boutique Hotel terbaik di bandar Melaka ini. Ini kerana ada banyak faktor dan kerana lokasi yang amat sesuai dan bersebelahan dengan Sungai Melaka dan lokasi tumpuan untuk Melaka River Cruise.
Hotel Casa del Rio mempunyai 66 bilik mewah bermula dari jenis Deluxe sehinggan Suite. Harga bilik di Casa del Rio bermula dari RM550 dan ia termasuk dengan pakej sarapan pagi. Rekaan Casa del Rio Melaka ini berkonsepkan ilham boutique hotel di Mediterranean. Rekaan bangunan Casa del Rio Melaka mempunyai rekaan Portugis dan keunikkan Kesultanan Melayu Melaka zaman dahulu kala.
Banyak kemudahan yang disediakan di Hotel Casa del Rio Melaka termasuk bilik dari seluas 560 sqft hingga Suites 2,615 sqft, WIFI internet percuma setiap bilik, 24jam in-room dining, SPA, Infinity Swimming Room, servis River Cruise dan banyak lagi. Kalau anda menginap di Hotel Casa del Rio, anda pasti sangat berpuas hati.
Hotel Casa del Rio memang dah banyak kali menang award yang berprestij termasuk, The Best Malaysian Hotel, Resorts & Attractions 2013, Top Finalist on Asia 2013 dan banyak lagi. Kualiti dan jenama Hotel Casa del Rio memang sudah di akui. Terbaik la,,,
Untuk pelancong, anda boleh pilih pengalaman menginap di Casa del Rio ini dan nikmati keindahan hotel dan persisiran Sungai Melaka. Bagi syarikat, anda boleh anjurkan seminar, meeting, makan malam dan pelbagai aktiviti di Cas del Rio dengan pakej harga yang menarik.
Tahun depan, nak tunggu offer untuk review Casa del Rio di Melaka ni. InsyaAllah, kalau ada rezeki, nak bawak satu team Blooggers ke Casa del Rio Melaka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s