Ninetology U9 X1 Gadget Baru MrJocko

Sedar tak sedar sudah 6 bulan MrJocko menggunakan smartphone Lenovo S890 yang dijual pada harga RM750. MrJocko beli Lenovo S890 untuk menggantikan smartphone Blackberry Torch 9810 hadiah sempena kemenangan tempat kedua di Maxis Blackberry Workshop pada tahun 2011. Kini, hasil kemenangan pada contest blogpost Ninetology Malaysia, MrJocko menerima satu unit Ninetology U9 X1, Alhamdulilah.

Jadi unit Lenovo S890 MrJocko bagi kat adik MrJocko jer la. Kalau dulu dia pakai Galaxy Neo, kalau pakai Lenovo S890 ni gambar dan speed dia lagi laju berbanding Galaxy Neo. Nampak cantik lagi, pasal MrJocko pandai jaga😉

 

 

Unit Ninetology U9 X1 ni memang MrJocko pernah review pada bulan September lepas. Sempat la buat comparison unit Ninetology U9 X1 ini berbanding Galaxy Note 2. Selama seminggu test Ninetology U9 X1 memang puas hati. Lagipun, unit Ninetology U9 X1 ni cuma berharga RM1,199 sahaja dan lebih murah jika dibandingkan dengan gadget yang mempunyai spesifikasi yang seumpamanya.

 

Thank you Allah, ini semua rezeki dari-Nya. Hasil sertai event percuma, hasilnya masih memuaskan hati MrJocko dan rakan-rakan blogger lain. MrJocko sendiri sudah dapat banyak hadiah seperti pakej percutian 2 hari 1 malam di Genting Highlands, Smartphone Blackberry Torch 9810, Galaxy Tab 3 Saiz 7.0 inci, pakej percutian keluarga ke A’Famosa dan terbaru Smartphone Ninetology U9 X1. Event memang percuma, tetapi pengisian event banyak yang memberikan hasil yang berbaloi untuk kami sebagai blogger.

Apa pun, MrJocko berpuashati dengan hadiah terbaru ini. Dah dapat, dah rezeki pakai jer la, tak payah nak jual. Ini hasil kerja MrJocko dan umpama bonus berkerja sebagai Blogger. Alhamdulillah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s