Pelancaran Freeport A’Famosa Outlet Village Melaka

Freeport Retail, sebuah syarikat pemaju dan operator yang mengenengahkan konsep outlet retail yang terkenal di Eropah kini bersama-sama Langkah Realliti Sdn Bhd, anak syarikat penuh Kumpulan A’Famosa akan membangunkan sebuah kawasan pusat membeli belah yang dinamakan Freeport A’Famosa Outlet Village di A’Famosa Resort, Melaka. Ia merupakan satu kerjasama yang disokong sepenuhnya oleh kerajaan Negeri Melaka untuk pembangunan dan kemajuan Negeri Melaka pada masa akan datang.

Oleh yang demikian pelancaran Freeport A’Famosa Outlet Village ini disaksikan sendiri oleh Ketua Menteri Melaka, Y.A.B Datuk Seri Ir Hj Idris Hj Harun bertempat di Casa del Rio Hotel Melaka. Projek ini dijangka akan memulakan kerja-kerja pembinaan seawal March 2014 dan dijangka menelan kos sebanyak RM190 juta di kawasan seluas 310,000 kaki persegi di A’Famosa Resort, Melaka.

 

 

Secara kasar, Freeport A’Famosa Outlet Village ini akan mempunyai rekaan senibina projek Malaysia – British dan ia mampu memberikan tarikan rekaan bangunan yang cantik dan menarik. Bermakna, ia akan menjadi tarikan dalam pelbagai aspek termasuk rekaan landskap bangunan Freeport A’Famosa yang menarik.

 

 

Apabila siap pada Fasa 1 pada April 2015, dalam Freeport A’Famosa Outlet Village ini akan mempunyai pelbagai butik dan outlet kedai yang menjual barangan berjenama dari luar negara dengan harga yang murah menawarkan diskaun sehingga 70% lebih murah dari harga jualan biasa untuk market pasaran Melaka dan umumnya Malaysia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s