Stars On Strings Show Persembahan Puppet Terbaik Di Genting Highlands

Sebelum ni kita hanya melihat persembahan puppet ini hanya di Telivisyen, kini anda boleh menonton dengan mata sendiri persembahan Stars on Strings di Genting International Showroom bermula 16 November 2013 lepas sehingga 9 Disember 2013. Hanya 3 minggu sahaja, John Chisholm dan Josef Probst akan membuat persembahan mereka di Genting Highlands, Malaysia.
Bayangkan dalam persembahan Puppet yang julung-julung kali diadakan di Genting Highlands ini, sebanyak 88 watak puppet yang dicipta khas dan direka dengan sebegitu rupa untuk memberikan persembahan puppet terbaik untuk penonton semua. Bayangkan dengan pengalaman selama lebih 25 tahun, John dan Josef memang antara pencipta dan pemain puppet yang terbaik di dunia kini berada di Malaysia untuk menghiburkan anda.

Antara aksi persembahan Stars on Strings di Genting Highlands ini yang menarik perhatian MrJocko ialah aksi Micheal Jackson melakukan moonwalk, Aunty and Rat in my room dan juga Lady in Red. Bayangkan menurut John, dia memerlukan selama 3 bulan untuk memahirkan diri dengan persembahan moonwalk Micheal Jackson dan juga cabaran untuk membuat persembahan Lady in Red kerana ia sangat berat.
Masih ada masa kalau anda nak menonton Stars on Strings di Genting International Showroom sehingga 9 Disember nanti. Harga tiket Stars on Strings cuma RM25 untuk VIP dan RM15 untuk tempat duduk PS1. Bagi pemegang ‘Rewards Card Member, anda boleh menikmati special rate, cuma RM18 untuk tiket VIP dan RM11 untuk PS1. Jika anda ada tiket First World Indoor tiket dan Fantastica!2 tiket, anda cuma perlua bayar RM10 sahaja untuk satu tiket Stars on Strings PS1.

Apa lagi, jom bawa anak-anak ke Genting International Showroom untuk menyaksikan persembahan hebat Stars on Strings. Anak-anak MrJocko memang suka dan sangat berpuas hati. maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Resorts World Genting. atau call 03-61011118

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s