Phu Pha Phet Cave Gua Terbesar Di Thailand

Mungkin ramai yang belum tahu bahawa lokasi Phu Pha Phet Cave di Satun, Thailand ini sebenarnya begitu dekat dengan sempadan Malaysia. Gua Phu Pha Phet ini sebenarnya telah di isytiharkan sebagai gua terbesar di Thailand dan gua batu kapur keempat terbesar di dunia. 
Pengalaman MrJocko sendiri mendaki bukit tersebut dengan ketinggian lebih 300 anak tangga sebelum memasuki pintu gua Phu Pha Phet ini sangat mengujakan. Lokasi pintu gua dari kaki bukit hanya sekitar 400 meter sahaja. Anda jangan risau, tak perlu tenaga yang banyak, ia umpama satu latihan kaki biasa yang semua orang boleh buat.

Phu Pha Phet Cave ini terletak di kawasan pergunungan Tanawwasri, Nakhon Si Thammarat. Ia berada di wilayah Satun. Phu Pha Phet Cave juga dikenali sebagai ‘Berlian Tebing’ kerana bentuk stalacites dan stalagmites di dalam gua Phu Pha Phet ini akan bercahaya seperti berlian apabila disinari lampu cahaya. Memang berkelipan indah.
Sepanjang jalan di dalamnya punyai struktur titian pejalan kaki yang dibuat khas untuk kemudahan pengunjung. Anda akan merasai pengalaman berada di gua terbesar di Thailand ini dan pusing di dalamnya melihat pemandangan dan keunikkan binaan semulajadi dalam gua Phu Pha Phet ini.
Di dalam gua Phu Pha Phet ini mempunyai sekitar 20 gua kecil dan besar untuk anda lawati. Di dalamnya terdapat susur tangga pejalan kaki dan lampu-lampu yang di sediakan oleh pihak berkaitan untuk memudahkan pengunjung melihat keunikkan isi gua Phu Pha Phet ini. Banyak yang menarik ada di dalam gua Phu Pha Phet dan anda tak akan jumpa di tempat lain. Kalau anda seorang yang suka kepada alam, anda mesti suka dan wajib ke Phu Pha Phet Cave Thailand ini.
Ia merupakan pengalaman terbaik di mana menyusuri perjalanan di dalam gua Phu Pha Phet dan menikmati keindahan alam dan ruang legar gua yang begitu luas dan tinggi. Deruan air terjun di dalam gua dan di bawah gua memang memberikan pengalaman terbaik.
Jom ke Gua Phu Pha Phet, anda mesti terpesona dengan Amazing Thailand
Glamorous MrJocko

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s