Lawak Ke Der 3 The Opening Show 4 Disember 2013

Lawak Ke Der 3 merupakan sequel persembahan Lawak Pentas yang sudah memasuki edisi ketiga di Panggung Sari Istana Budaya. Setelah berjaya dengan Lawak Ke Der dan Lawak Ke Der 2, Hans Isaac nampaknya membawa edisi Lawak Ke Der 3 dengan menampilkan Nabil, Jambu, Douglas Lim dan juga Harith Iskander. Manakala seorang lagi pelawak Malaysia, Kuah Jenhan dibawakan khas sempena dengan edisi English pada hari Jumaat, 6 Disember 2013 nanti.
MrJocko berkesempatan untuk turut serta dalam persembahan pembukaan Lawak Ke Der 3 di Panggung Sari, Istana Budaya semalam, Rabu 4 Disember 2014. Persembahan pembukaan semalam, memang mendapat sambutan yang menggalakkan. Hampir 500 orang rasanya yang datang untuk menyaksikan pembukaan Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya semalam.

Nabil masih kekal sebagai pengacara dan tampil dengan lawak joget dan lagu, scene kereta accident dan paling terbaik dengan lawak payment job lawaknya. Walaupun keluar sekejap-sekejap, tapi persembahan Nabil masih terbaik.
Jambu pula pertama kali dibawa masuk untuk Lawak Ke Der 3 dan punyai 2 segmen. Lawak perlawanan Catur dan satu lagi Lawak di Taman Hospital. Ia memang lawak yang baru dan MrJocko tercuit dengan aksi lawak spontan Yus dan Tauke ni.
Bila tiba persembahan Douglas Lim, semua orang menunggu punch line dari Mamat Cina ini. Ternyata, si Douglas Lim terbaik malam itu. Lawak dalam bahasa komedi si Douglas sangat menjadi dan kami ketawa dari awal sampai akhir persembahannya. Bak kata Douglas, ‘Best Gila Babi’, Hahaha…
Aksi Harith Iskander merupakan persembahan penutup semalam. Kali ni Harith Iskander memang tampil dengan gaya yang sama tetapi lawak baru dan tak pernah MrJocko dengar dari Harith. Kali ni Harith banyak berkongsi pasal sejarah hidupnya dan ia tetap membuatkan MrJocko tergelak-gelak. Banyak sungguh idea si Harith ni.
Untuk persembahan Lawak Ke Der 3 ini, nampaknya menjadi tumpuan persembahan Douglas Lim. Walaupun pertama kali membuat persembahan di Istana Budaya, Mamat Cina ini memang terbaik la.
Bagi peminat lawak dan komedi Malaysia, jangan lepaskan peluang anda untuk ke Istana Budaya untuk menyaksikan persembahan Lawak Ke Der 3 dengan barisan Stand-up Comedy dan Pelawak terbaik di Malaysia. Tiket hanya serendah RM46 dan ia boleh didapati di www.ticket2u.biz dan juga di kaunter Istana Budaya. Lawak Ke Der 3 dibawakan untuk anda oleh Escape.
MrJocko rasa memang rugi siapa yang tak tengok Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya. Kehadiran muka-muka baru seperti Kumpulan Jambu dan Douglas Lim berjaya menyenakkan lagi perut dengan lawak kental mereka. Ramai yang kata Lawak Ke Der 2 kelakar, ada yang kata Lawak Ke Der 3 yang terbaik. Nak tau best ke tak best kenalah tengok sendiri.
Terima kasih kepada ESCAPE kerana memberikan peluang kepada MrJocko untuk menyaksikan pementasan Lawak Ke Der 3. Kehebatan Lawak Ke Der 3 terbukti apabila tiket-tiket habis dijual. Ramai yang frust sebab tak dapat atau tak sempat nak tengok.
Anda terlepas peluang menyaksikan Lawak Ke Der 3? Berita baik untuk peminat Lawak Ke Der 3 dan pelanggan ESCAPE. Kini anda boleh menyaksikan Lawak Ke Der 3 secara eksklusif ESCAPE mulai 31.12.2013 selama 6 bulan. Lama tu! Kali ini jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Lawak Ke Der 3 di ESCAPE.
Bercakap mengenai peluang, ini ada satu lagi peluang yang mesti direbut oleh pelanggan Celcom. Sertailah peraduan Cuit-Cuit Menang Duit @ ESCAPE yang menawarkan hadiah tunai RM5,000 setiap hari!
Caranya mudah. Mulai 7 hingga 27 Dis 2013, pelanggan Celcom perlu menonton YouTube Channel – cuit-cuit @ESCAPE atau klik: https://www.youtube.com/channel/UCj_-0IGMHwc2r7tDLv2De2g setiap hari untuk menjawab satu teka-teki yang akan dikemukakan oleh pelawak Lawak Ke Der 3.
Pelanggan Celcom dikehendaki meneka dan menghantarkan jawapan yang tepat dengan cepat ke 20888. Jawapan tak perlu panjang. Cukup dengan hanya satu perkataan.
Apa itu ESCAPE?
ESCAPE merupakan dunia hiburan peribadi anda yang boleh anda bawa ke mana sahaja. Nikmati pelbagai video hebat, filem, konsert, berita, acara terkini dan banyak lagi, semuanya setempat.
Pilih sahaja yang mana anda mahu.
Anda boleh memilih untuk membayar dan menonton filem kegemaran dengan sekali bayar atau melanggan akses bulanan tanpa had, hanya RM25 sebulan! Lebih daripada 500 filem dan rancangan untuk dipilih merangkumi pelbagai genre (Aksi, ngeri, komedi, drama, seram, cinta). Termasuk konsert terkini, acara karpet merah yang eksklusif, berita terbaru dan banyak lagi.
Teman hiburan yang sentiasa bersama anda bila-bila masa, di mana jua.
Tontoninya menerusi telefon bimbit, komputer riba, tablet dan komputer peribadi, lancar dari peranti ke peranti (sesuai dengan iOS, Android, MacOS dan Windows). Dengan rangkaian terpantas Celcom, anda boleh menikmati kesemua tayangan tanpa tersekat-sekat atau perlu menunggu lama.
Anda juga bebas untuk berhenti dan sambung tayangan program pilihan anda pada bila-bila masa, di mana-mana jua. Kini anda takkan terlepas menonton filem atau drama bersiri kegemaran anda.
Kelebihan ESCAPE:
Banyak kelebihan ESCAPE ni. Henti & sambung tayangan, pelbagai peranti pada bila-bila masa dan di mana-mana jua. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, sila layari maklumat lanjut, layari www.ESCnow.com sekarang.
p/s : Thanks to Bro Framestone yang ajak MrJocko ke Lawak Ke Der 3

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s