Pregnancy Check-up Bulan Ke-5

Memasukki bulan kelima kehamilan, masa ni kena rajin la buat pregnancy check-up. Bulan kelima kehamilan ni kira bulan pertengahan, InsyaAllah ada lagi 4 bulan, kalau diizinkan Allah bulan April 2014 kami akan menerima ahli keluarga yang baru.

Nasib baik sekarang musim cuti sekolah, jadi boleh la bawa Khalish dan Hasya sekali untuk lihat Mummy buat check-up kehamilan kat Pusrawi. Dua-dua teruja pasal tak sabar nak adik baru. Yang paling excited, si Hasya kerana dia memang suka Baby.

Nasib baik, untuk kos rawatan kali ini masih lagi dapat guna GL dari company wife. Dapat la jimat, tak payah keluar duit sendiri. Kalau tak, kena la prepare dalam beberapa ribu untuk kos rawatan susulan dan waktu bersalin di Hospital Pakar. Nak jimat lagi boleh, tapi kena beratur di Hospital Kerajaan.

 

 

Kehamilan anak ketiga ni, wife dah berada di umur 30-an, tak sama macam umur muda kehamilan anak pertama dan kedua. Dari segi tenaga pun, mungkin tak sekuat masa umur sebelum 30-an. Tambah pula, bila ibu yang hamil agak berumur, peluang untuk dapat penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya agak tinggi. Jadi, kalau anda nak anak ramai, sila kawin awal di waktu muda belia😉.

Untuk kali ni, kami pilih Hospital Pakar Pusrawi di Jalan Tun Razak sebagai panel Doktor Pakar Perbidanan. Pertama kali dapatkan rawatan kat sini, dan masih mencari Doktor Perempuan yang sesuai untuk menunggu hari kelahiran. Siapa pernah dapatkan khidmat bersalin di Hospital Pakar Pusrawi? Boleh recommend Doktor yang anda rasa terbaik kat sini?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s