Southville City Bangi Urban Lifestyle Country Living

Mah Sing Group, sebuah syarikat peneraju dalam pembangunan hartanah di Malaysia kini melancarkan satu lagi projek terbesar mereka di Selatan Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Southville City di Bangi. Projek Southville City ini akan terbina di dalam kawasan seluas 428 ekar di daerah Bangi dan akan mempunyai ruang pameran rumah kediaman, bangunan komersil dan juga kawasan industri yang terbesar dan paling lengkap di Selatan Kuala Lumpur.

 

Pada 30 November 2013, Mah Sing Group merasmikan Southville City dan ia telah di rasmikan sendiri oleh Pengerusi Mah Sing Group Jeneral Tan Sri Yaacob Bin Mat Zain, Ketua Pengarah Kumpulan Mah Sing Tan Sri Leong Hoy Kum dan bersama Pengarah Eksekutif Mah Sing yang lain bertempat di tapak pameran Southville City, Bangi.

 
 
Ketika pelancaran ini, Southville City diperkenalkan dengan projek pertama mereka iaitu kondominium yang diberi nama Savanna dan dijual dengan harga bermula dari RM349,000 yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti 2 unit ruang parkir, 4 unit aircond tersedia, 2 unit water heater, 2 unit shower screen, percuma Sales Purchase Agreement, Legal Fee untuk Loan Agreement Fees, Percuma 1 tahun Servis Charge Fee dan Percuma 1 tahun shuttle bus servis dari KTM Bangi ke Savanna.
Wow!!! Menarik bukan? Di tambah lagi dengan promosi diskaun rebat RM10,000 mengikut terma dan syarat bagi mereka yang layak.
 
 
 
Bersesuaian dengan konsep Southville City, Urban Lifestyle Country Living, projek daripada Mah Sing ini akan mempunyai Riverside Walk seluas kawasan 6 ekar yang akan dipenuhi dengan landskap taman dan kolam. Ia juga akan mempunyai ruang penjalan kaki Natures Trail seluas 20 ekar untuk penghuni Southville City menikmati keindahan alam semulajadi. Bagi anak-anak dan remaja, mereka boleh menikmati masa main mereka di Urban Park yang akan dilengkapi dengan playground, ruang skating dan macam-macam lagi. Di ruang riverside walk, nature’s trail dan urban park ini, akan dilengkapi dengan ruang untuk Bicycle Trails sejauh 13 kilometer.
 
 
 
Southville City ini akan menjadi tarikan ramai kerana di sini ia menawarkan kediaman kepada semua peringkat umur dan taraf pekerjaan. Ini kerana, di Southville City, mereka mempunyai Low Cost Apartments, Medium Cost Apartment, Apartment 5 Tingkat, Servis Apartment, 2 1/2 Rumah Teres, Kondominium dan juga Kediaman Mewah berserta kawasan komersil shop lot dan Soho Tower. Dengan kata mudah, si Southville City ini, anda boleh menikmati kawasan kediaman yang lengkap untuk anda dan keluarga anda kerana kemudahan sekolah, hypermarket, masjid, klinik, convention centre, balai polis dan banyak lagi kemudahan lain.
 
 
 
Kalau anda bercadang untuk mendapatkan rumah kediaman baru, samada untuk menetap atau pelaburan, apa kata ke Southville City di Bangi. Anda akan teruja dengan konsep yang ada di Southville City. Cuma sekitar 15 akses dari Kuala Lumpur melalui MEX, SILK, SKVE, ELITE, LEKAS dan juga lebuhraya KL Seremban.
 
Anak-anak anda juga boleh memilih untuk belajar di Universtiti berdekatan seperti UKM, UPM, MMU, Universiti Sains Islam Antarabangsa dan banyak lagi pusat pengajian berdekatan. Maklumat lanjut anda boleh layari laman web Mah Sing Group atau laman web SouthvilleCity Bangi.
 
Apa tunggu lagi, ambil masa, jom ke pusat pameran hartanah terbesar di sekitar Kuala Lumpur di Southville City. Anda mungkin akan temui kediaman impian anda di Southville City, Urban Lifestyle, Country Living.
 
 
 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s